Bersama Perantau Di Ipoh, Perak

Bersama Perantau Di Ipoh, Perak

Alhamdulillah, malam ini dapat bersama dengan perantau dalam Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, Kebudayaan & Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman dan Pelancaran Tourism Terengganu Friends Cawangan Perak.

Dalam masa yang sama, dapat mengadakan dialog bersama 3 EXCO bagi menjawab segala persoalan hal berkaitan kerajaan negeri Terengganu.

Semoga majlis malam ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan membuktikan kerajaan negeri sangat prihatin serta tidak mengabaikan perantau yang berada di luar negeri.

Turut bersama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembanhunan Wanita dan Keluarga Dan Perpaduan Nasional, YB Haji Hanafiah Mat.

Dalam Negeri