Adil atau tidak adil?
Apa pendapat saya terhadap pengusaha Ladang Durian ini di Pahang yang pergi ke tanah kerajaan negeri untuk mengusahakan tanah yang bukan milik mereka? (1)
Sudah tentu ramai di antara anda akan mempunyai pendapat mengenai bagaimana fakta-fakta tersebut dibentangkan di media, tetapi izinkan saya menceritakan sebuah kisah terlebih dahulu supaya anda dapat memahami bagaimana perkara seperti ini dapat terjadi.
Cerita ini melibatkan papan iklan billboard yang besar di kawasan Petaling Jaya.
Saya pernah ceritakan bagaimana terdapat unsur rasuah di mana pemilik billboard akan membayar berpuluh ribu ringgit wang derma kepada MBPJ Football Club untuk mendapatkan lesen iklan dari Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ – masa tu belum jadi bandaraya lagi).
Untuk perincian bagaimana derma kepada kelab sukan boleh dikaitkan dengan pengeluaran lesen iklan, kamu kena baca cerita yang pernah saya tulis dahulu dan anda boleh dapat ilham bagaimana seorang Ahli Majlis mungkin boleh mendapat derma diantara RM10,000 hingga RM80,000 bagi setiap billboard yang diluluskan. (2)
Tapi kita nak lihat cerita ini dari sudut lain pula.
Ya, memang benar MBPJ boleh meluluskan lesen untuk iklan billboard ini, tapi sebelum proses itu boleh dimulakan, pengusaha billboard ini perlu memohon untuk sewa tanah itu dari Pejabat Tanah.
Bagi mereka yang faham prosedur itu, ia dinamakan TOL (Temporary Occupation License).
Ini ialah istilah TOL yang kamu akan biasa dengar sekiranya kamu nak mohon membina satu restoran tepi sungai ataupun di simpanan jalan misalnya.
Ya, memang ada caranya untuk meluluskan benda ini dan billboard yang besar itu juga perlu menggunakan kaedah ini sebagai langkah pertama.
AKAN TETAPI… haha.
Kebanyakkan billboard masa itu tidak mempunyai TOL tapi pihak MPPJ masih meluluskan lesen untuk tapak billboard itu dan seterusnya membenarkan pengusaha billboard menaikkan billboard mereka tanpa memerlukan pengusaha memohon TOL untuk tapak tersebut.
Saya tahu benda ini sebab kebanyakkan mesyuarat yang saya hadir untuk membincangkan isu ini pada awalnya fokus kepada persoalan kenapa pihak Majlis membenarkan benda ini berlaku.
Dan oleh kerana MPPJ masa itu buat kerja macam ini, entah bagaimana satu kontrak untuk memberikan 172 tapak billboard kepada dua syarikat dibuat.
Tapi disebabkan saya (sebagai wartawan masa tu) dan Citizen Nades telah membongkarkan adanya perjanjian sebegitu, MPPJ tidak dapat meneruskan dengan pemberian tapak untuk billboard itu dan pihak Majlis seterusnya disaman oleh dua syarikat tersebut.
Dan saya memetik:
“Kedua-dua syarikat tersebut mendakwa mereka mengalami kerugian kerana MBPJ, yang ketika itu diketuai oleh Ahmad Termizi, menolak perjanjian 16 Disember 2005 untuk menawarkan laman Seni Jaya dan Orion Mesra 172 – disebut sebagai Pakej A yang bernilai RM79 juta dan Pakej B, bernilai RM300 juta.
Menurut perjanjian itu, kedua-dua syarikat tersebut akan menerima hak eksklusif di laman web ini selama 15 tahun dengan pilihan untuk pembaharuan lima tahun.
Plaintif mendakwa bahawa RM2.1 juta telah dibayar kepada MBPJ pada 16 Disember 2005, sementara “sumbangan” sebanyak RM300,000 telah dibuat kepada Kelab Sukan dan Kebudayaan MBPJ pada 9 Disember 2005 sebagai pertimbangan untuk menguatkuasakan kontrak tersebut. “(3)
Saman itu tidak berjaya akhirnya dan ianya bukan pengajaran yang saya nak sampaikan.
Ia cuma dinyatakan di sini supaya anda tahu benda ini betul-betul berlaku.
Apa yang anda kena faham ialah pengusaha-pengusaha yang masuk ke tanah kerajaan kebiasaannya telah mendapat kelulusan separuh dari mana-mana agensi kerajaan sebenarnya.
Dan mereka memang telah membayar wang untuk mendapatkan kebenaran separ
Jadi saya membuat spekulasi di sini itulah yang berlaku untuk pengusaha ladang durian di Pahang.
Mereka telah membayar kepada pihak tertentu dan mungkin telah mendapat persetujuan separuh dari mana-mana pihak yang memang boleh memberikan kebenaran – tapi ianya untuk agensi dia saja.
Siapa-siapa yang pernah berurusan dengan kerajaan akan tahu dan faham betapa rumit prosesnya nak mendapat kelulusan sepenuhnya dengan kesemua agensi kerajaan yang terlibat.
Manalah tahu kan.
Mungkin adanya satu agensi kata – eh, mereka boleh dapat wang derma ni, kenapa pula agensi saya tak dapat?
Jangan salah faham ya.
Saya cerita pasal wang derma di sini saja. Haha.
Tapi kalau kita baca dengan teliti apa yang telah dilaporkan di media massa, pengusaha ladang durian ini hanya cakap pasal usaha mereka memohon lesen dan tidak menyatakan bagaimana mereka boleh masuk ke kawasan itu untuk mengusahakan tanah itu tanpa diusik oleh pihak kerajaan.
Takkan bertahun-tahun mereka di sana kerajaan begitu bodoh tak tahu penanaman ini berlaku kan?
Dan anda perasan tak mereka mempunyai tapak yang telah dilukis di atas peta.
Siapa yang buat peta tu?
Kalau mereka ni masuk tanpa kebenaran pihak berkuasa, bagaimana mereka ni tahu adanya sempadan untuk tapak pengusahaan mereka tu?
Dan soalan yang kamu boleh tanya lagi ialah kenapa mereka begitu yakin nak mengusahakan tanah itu dengan melaburkan banyak wang untuk jentera, tenaga kerja dan pelbagai kemudahan seperti jalan sekiranya mereka tidak diberikan kelulusan dari satu agensi?
Anda juga boleh tanya kenapa kerajaan sekarang nak cuba menghalalkan ladang durian ini dan tidak terus mendakwa orang ini dalam mahkamah kerana menceroboh tanah kerajaan?
Ada ladang durian di dalam kawasan hutan simpanan kan?
Itu satu kesalahan yang amat besar kalau kerajaan betul-betul nak kenakan pengusaha.
Tapi sekarang pengusaha terjerat dan tak boleh ceritakan kisah sebenarnya sebab mereka tahu juga mereka telah melakukan sesuatu kesalahan, tak kira sama ada niat mereka pada mulanya adalah untuk membuat perniagaan ini secara halal.
Dan kerajaan pula mungkin tak nak mendedahkan agensi mana yang telah memberikan kelulusan yang tidak sepatutnya diberikan.
Jadi situasinya jadi macam yang dilaporkan di media.
Semuanya cerita separuh aje dan tak masuk akal sekiranya kesemua pihak ikut peraturan dan undang-undang.
Best kan FB saya ni?
Ada pelbagai cerita yang boleh dijadikan bahan pengajaran? Haha.
Peace.
Mak Khuin Weng – マク
1. Petani durian Raub kecewa kerana urusan tanah cuba menyelesaikan sendiri – https://www.nst.com.my/news/nation/2020/08/619097/raub-durian-farmers-frustrated-over-land-deal-taking-matters-own-hands
2. Mengapa Rasuah Sukar Dihentikan? – Bahagian 2 –https://www.facebook.com/Mak-Khuin-Weng-%E3%83%9E%E3%82%AF-337348560538415/photos/a.337633280509943/362075164732421
3. Firma saman majlis bandar raya, bekas dato bandar – https://www.malaysia-today.net/2008/01/15/firms-sue-city-council-ex-mayor/