Kunjungan Hormat Dari MPP UiTM Shah Alam

Kunjungan Hormat Dari MPP UiTM Shah Alam

Saya telah menghadiri satu sesi pertemuan dengan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam yang telah diadakan pada tengah hari tadi di Parlimen.

Kepimpinan mahasiswa adalah suatu yang rapat di hati saya kerana sayapun pernah aktif sebagai kepimpinan pelajar diperingkat sekolah dan universiti.

Di dalam pertemuan tersebut, beberapa cadangan telah diutarakan oleh mahasiswa tersebut seperti pembangunan Nano Satelit.

UITM antara yang aktif terlibat dengan nano satelit UiTM-sat yang pernah dilancarkan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia di bawah MOSTI.

Saya turut memberitahu mereka bahawa satu Rang Undang-Undang (RUU) Angkasa akan dibentangkan untuk pertama kalinya di dalam Parlimen untuk mengawal selia industri angkasa.

Saya juga turut menyatakan harapan agar mahasiswa menjadi agen perubahan besar dalam memacu pembangunan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi.

Saya memaklumkan National Technology Inovation Sandbox dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada minggu lepas merupakan manifestasi pemerkasaan STI yang bertujuan menggalakkan banyak inovasi dan idea berkaitan teknologi dikedepankan tanpa halangan undang-undang.

Pelbagai geran dan inisiatif kewangan yang diperkenalkan di bawah MOSTI perlu diambil peluang oleh para inovator, technopreneur lebih lebih lagi kalangan orang muda.

Saya juga menekankan kepada semua mahasiswa tadi bahawa Malaysia mesti menjadi negara maju mengikut acuan tersendiri sebagaimana negara Jepun dan Korea yang menjadi negara maju namun tetap teguh dengan jatidiri budiman yang beriman, bahasa dan budaya Muslim, Melayu dan Malaysia.

Ahmad Amzad Hashim

Teknologi