HTML clipboard
SOALAN:
Adakah benar apabila berlaku kebakaran disunatkan melaungkan azan?
Adakah cukup dengan azan sahaja tanpa perlu memadamkan kebakaran itu dengan air?
JAWAPAN:
Apabila berlaku kebakaran maka hendaklah berusaha memadamnya maka api itu ghalibnya dipadamkan dengan air.
Dan disunatkan pula salah seorang melaungkan takbir kerana riwayat yang datang pada menyuruh takbir ketika hendak memadamkan kebakaran.
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a. sabda Nabi saw:
إذَا رأيتمُ الحريقَ فكبِّرُوا ، فإنَّه يُطفِئُ النارَ
Artinya: “Apabila melihat kamu sekelian akan kebakaran maka bertakbirlah kamu maka sungguhnya ia memadamkan akan api.”
(Hadirh riwayat Imam As-Suyuthi)
Dan diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib dari bapanya dari neneknya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” اسْتَعِينُوا عَلَى إِطْفَاءِ الْحَرِيقِ بِالتَّكْبِيرِ
Artinya: “Sungguhnya Rasulullah saw bersabda : Minta tolong oleh kamu sekelian atas memadamkan kebakaran itu dengan bertakbir.”
(Hadith riwayat Imam Al-Baihaqi)
Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata:
قال رسول الله: “أطفئوا الحريق بالتكبير
Artinya: “Bersabda oleh Rasulullah saw : Padamkan oleh kamu sekelian akan kebakaran itu dengan bertakbir.”
(Hadith riwayat Imam At-Tabrani)
Dan diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. sabda Nabi saw:
إِذَا رأيْتُمُ الحَرِيقَ فَكَبِّرُوا فَإِنَّ التَّكْبِيرَ يُطْفئُهُ
Artinya: “Apabila kamu semua melihat akan kebakaran maka bertakbirlah oleh kamu sekelian. Sungguhnya bertakbir itu memadamkannya.”
(Hadith Ibnu Sunni & Ibnu Asakir)
Dan disunatkan juga berdoa ketika kebakaran itu akan doa ini:
الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ التَّرَدِّي وَالهَدمِ وَالغَرَقِ وَالحَرِيقِ
Artinya: Ya Allah sungguhnya aku berlindung dengan Mu daripada kejatuhan dan keruntuhan dan tenggelam dan kebakaran.”
(Hadith riwayat dari Ka’ab bin Amr r.a. oleh Imam An-Nasaai)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus