1) YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke 14 pada 17 Mei 2020. Pertukaran MB dan peralihan kuasa Kerajaan Pakatan Harapan kepada Kerajaan Perikatan Nasional berlaku dengan aman dan teratur mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.
2) YAB Menteri Besar membuat pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanya tiga hari selepas mengangkat sumpah. Pembentukan saf utama pentadbiran kerajaan dengan mudah dan sempurna, membayangkan kestabilan Kerajaan baharu yang terbentuk.
3) Memperkenalkan slogan “Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.”
4) YAB Menteri Besar mendapat taklimat tentang perjalanan kerajaan dan membuat beberapa keputusan serta tindakan segera untuk melicinkan pentadbiran kerajaan.
5) Perlantikan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan dapat diselesaikan secara rundingan antara parti-parti komponen Kerajaan Negeri berlaku dengan mudah dan harmoni.
6) Melantik kembali agensi Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan sebagai ahli majlis setelah ditiadakan oleh kerajaan PH sebelum ini.
7) Melaksanakan kursus pentadbiran dan pengurusan, 3 hari 2 malam kepada semua ahli majlis PBT yang dilantik.
8) Mengadakan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Daerah-daerah, berjaya menyelesaikan banyak isu terbantut daerah tersebut dengan segera dan berkesan.
9) Melantik 1,023 Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) dan lebih 11 ribu telah dilantik menganggotai JPKK seluruh Negeri Kedah.
10) Dasar berjimat dan mengelak pembaziran serta menumpukan perbelanjaan kepada urusan yang mesti didahulukan menjadi keutamaan dalam setiap agenda kerajaan.
11) Memperuntukkan RM2,000 untuk pengurusan dan RM70,000 untuk projek kecil bagi ADUN pembangkang.
12) Menambahbaik sistem bantuan Khairat Kematian dengan disegerakan peruntukan di peringkat DUN supaya sampai segera kepada keluarga simati.
13) Menghebah, mempermudah dan memperluaskan bantuan universiti awam untuk pelajar yang mengikuti program diploma dan ijazah, iaitu sebanyak RM300 setiap penerima.
14) Membuat penilaian semula pada GLC kerajaan negeri dalam merangka usaha dan memulihkan syarikat yang rugi dan mengukuh serta mendaya saing syarikat yang sedia ada.
15) RM3.06 Bilion pelaburan asing dijangka masuk ke Kedah (pasca PKP) yang bakal mewujudkan 1,400 peluang pekerjaan baharu.
16) Bantuan kepada guru sekolah agama rakyat (persendirian) seramai 4,146 orang, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.23 juta.
17) Menstrukturkan semula ladang komuniti getah di atas tanah milik Kerajaan Negeri dengan bantaun teknikal Lembaga Getah Malaysia serta agensi-agensi berkaitan. Setiap peserta dijangka perolehi pendapatan RM2,000 sebulan.
18) Membangunkan semula Ladang Sungai Sari, Kuala Nerang di atas tanah seluas 204 hektar. Projek diusahakan oleh Kedah Agro Holdings Berhad, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah.
19) Membangunkan ladang buluh di kawasan terosot oleh syarikat Kerajaan Negeri. Kawasan seluas 500-1000 hektar telah dicadangkan di bawah program pembangunan ladang hutan anjuran Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
20) Memperluaskan ladang nukleus bagi pengeluaran biji benih kenaf, iaitu tambahan lebih 300 hektar. Di anggarkan dapat menghasilkan 90,000 kilo biji benih dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan penjanaan pendapatan kepada 470 rakyat tempatan.
21) Peruntukan RM 25,000 untuk membina premis bagi pemasangan mesin ATM di Air Hangat, Langkawi.
22) SADA mengambilalih proses rawatan dan pembekalan air di Langkawi setelah perjanjian selama 30 tahun dengan Taliwork Langkawi Sdn Bhd yang merugikan pihak Kerajaan/SADA.
23) SADA telah membuat keputusan untuk mengambilalih rawatan dan pembekalan air di lima buah logi utama air yang selama ini dikendalikan oleh pihak swasta iaitu Air Utara Indah Sdn Bhd. Dengan itu kos operasi akan berkurang dan keuntungan SADA dijangka bertambah.
24) Menyegerakan pembinaan jambatan Serdang yang tertangguh. Penduduk yang sebelum ini terpaksa melalui jalan yang jauh dengan tambahan dua kilometer, kini menarik nafas lega kerana boleh menggunakan jalan terdekat.
25) Anak-anak penerima kad KIDA yang merupakan calon peperiksaan khas seperti SPM, STPM dan STAM akan diberikan tuisyen secara percuma.
26) Bersetuju menyegerakan pembinaan Masjid Baru Daerah Pendang bernilai RM16 juta berkonsepkan masjid terapung.
27) Mengaktifkan semula Tabung Tengku Mahmud yang pernah diwujudkan oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak. Tujuan dana adalah untuk membantu bidang pendidikan dan kebajikan.
28) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah bersetuju untuk membuat pembayaran saguhati yang tertangguh kepada pegawai masjid yang telah bersara sejak 2016 berjumlah RM 300 ribu.
29) Menambah senarai penerima bantuan Covid-19. Bayaran RM300 seorang dibuat bermula 9 Julai 2020, melibatkan jumlah 4,236 orang penerima.
30) Kerajaan Negeri Kedah bekerjasama dengan kerajaan Perlis membina jalan baru KESPAN yang menghubung Changlun dan Perlis. Projek ini bakal memajukan kawasan sekitar dengan merancakkan aktiviti ekonomi di sempadan Malaysia-Thailand.
31) Kerajaan Negeri Kedah melakukan proses untuk menutup pusat perlupusan sampah di Semeling yang selama ini mengganggu kesihatan penduduk di kawasan berhampiran.
32) Projek pemuliharaan (beach nourishment) Pantai Merdeka dilaksanakan agar rakyat dapat berekreasi dengan selesa. Projek berjumlah RM 2 juta ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
33) Projek pembinaan dan pembaikan ban pantai dari Kampung Tepi Sungai ke Pulau Sayak bernilai RM25 juta bagi menangani fenomena air pasang dan hakisan pantai.
34) Pemindahan 12 kilang plastik di Sungai Petani yang membawa masalah kepada masyarakat. Jawatankuasa bertindak khas ditubuhkan dan diketuai oleh Exco Industri dan perlaburan, YB Dato’ Wira Ku Abdul Rahman.
35) Apps ‘i-Bayaq’ dilancarkan untuk kegunaan pembayaran cukai tanah, cukai pintu dan pembayaran pelbagai agensi lain untuk kemudahan rakyat Kedah.
36) Menghidupkan Kuliah Dhuha Raudhatul Ilmi setiap Jumaat di Dewan di Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah.
37) Mengistiharkan Hari Jumaat sebagai Hari Ilmu di seluruh Negeri Kedah.
38) Pengajian setiap jumaat di Pusat Khidmat DUN, Pondok-pondok dan Pejabat pejabat kerajaan dan diselarakan di peringkat daerah.
39) Memansuhkan RM110 ribu bayaran balik Biasiswa Negeri Kedah bagi kategori: pelajar yang menapat PNGK 3.75 ke atas, hilang upaya kekal atau meninggal dunia.
40) Menawarkan diskaun 10 peratus jika peminjam dapat membayar penuh hutang sebelum berakhir hujung 2021. Pelajar yang mendapat PNGK 3.5 hingga 3.74 dapat diskaun pembayaran balik sebanyak 50 peratus.
41) YAB Menteri Besar mengadakan rundingan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Hasilnya menteri bersetuju membiayai 24 projek alam sekitar dan air untuk Kedah yang berjumlah RM4.44 billion di bawah RMK-11.
Antaranya ialah:
a) Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Selambau RM147.78 juta
b) Pembinaan LRA Sungai Limau RM108.41 juta
c) Pembinaan Loji Rawatan Air LRA Jeniang Baru RM161.98 juta
d) Pembinaan LRA Lubuk Buntar Lama RM 57.42 juta
e) Pembinaan LRA Pelubang RM 455.98 juta
f) Pembinaan saluran air dari tanah besar ke Pulau Langkawi RM 600 juta
g) Projek tebatan banjir RM136 juta
42) Penyelesaian secara holistik bagi menangani masalah banjir di Baling merangkumi: – RM 900, 000 jumlah yang diluluskan dalam RMK-12 – Projek tebatan banjir RMK-11 sebanyak RM15 juta – Projek pemuliharaan sungai Kg Tanjung Merbau dan Sungai Ketil Mukim Pulai, Baling bagi mengurangkan risiko banjir sebanyak RM400 ribu
43) Meluluskan program memberi bantuan kepada pesakit terlantar seramai 3,719 orang seluruh Kedah. Peruntukan tahun 2020 RM900,000 (4 bulan berbaki). Peruntukan 2021 sebanyak RM 2.7 juta.
44) Peruntukan RM200 ribu bagi pembangunan (pengcahayaan jalan masuk) Gua Sireh, Baling untuk pelancongan.
45) Berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan barisan kepimpinan KFA dengan penuh teratur dan bijaksana.
46) Mengembalikan keyakinan pemain, jurulatih dan peminat bolasepak Pasukan Liga Super Kedah pada pengurusan KFA dan YAB Menteri Besar.
47) Menyelesaikan tunggakan gaji para pemain pasukan Liga Super Kedah di samping merancang pembayaran gaji sempurna mengikut tempoh bulanan semasa selepas mengadakan rundingan semula gaji dengan para pemain.
48) Mengekalkan pengurusan pasukan Liga Super Kedah sehingga tamat musim Liga Malaysia 2020 dan jumlah lantikan dalam pasukan akan dikaji semula.
49) Jawatankuasa Khas Kewangan yang ditubuhkan akan berfungsi untuk mendapatkan penajaan baharu dengan berunding segera dengan bakal penaja baru.
50) Satu Jawatankuasa Khas dibentuk bagi menangani peralihan dari Kedah FA sebagai sebuah persatuan kepada sebuah kelab.
51) Program Anakku Sejahtera bermula 2021 bagi anak-anak dalam ketegori B40. Setiap kelahiran dicarumkan RM100 ke akaun SSPN-i.
52) Bantuan Beras Sejahtera yang berupa beras dan barangan keperluan asas lain dengan nilaian RM 50 untuk 50 keluarga termiskin setiap DUN bermula Ogos 2020.
53) Kerajaan Negeri Kedah mempermudahkan urusan pembayaran elaun bagi 333 guru Sekolah Agama Rakyat dan 1,486 Pegawai Masjid serta 3,286 Guru KAFA menerusi kaedah pemindahan pembayaran elektronik (EFT) bermula Ogos. Kaedah ini menggantikan sistem yang sebelum ini menggunakan cek.
54) Rombongan YAB Menteri Besar berjaya meyakinkan Kementerian Pengangkutan untuk meneruskan projek KXP di Kedah dan permohonan peruntukan dalam RMK-12.