Bersungguh-sungguh sekali nampaknya pemimpin dan penyokong DAP cuba membersihkan imej mereka yang tercemar ekoran pendedahan Menteri Kewangan mengenai pemberian projek-projek secara direct nego.
Cara mereka menuntut supaya didedahkan penerima projek-projek secara direct nego ini dan cara mereka menyelar pengumuman kerajaan yang belum mahu mendedahkannya seolah-olah mereka ini putih bersih sebersih embun pagi.
Sehubungan itu, saya secara peribadi ingin mendesak kerajaan untuk sekurang-kurangnya mendedahkan berapa banyakkah jumlah dan nilai projek-projek yang diberi secara direct nego kepada syarikat atau pihak yang mempunyai kaitan dengan pimpinan parti tertentu di Sandakan serta siapakah yang memberikannya.
Pasti akan ada isu-isu yang tersangat menarik jika pemberian projek-projek secara direct nego kepada pihak-pihak tertentu di Sandakan ini terdedah nantiny
Kamarul Yusoff