Hari ini Dato’ Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan telah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Ianya telah dibahaskan oleh 19 orang Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak Kerajaan serta Pembangkang dan Menteri Pengangkutan telah membuat penggulungan bermula jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.
RUU ini akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat dan ianya penting bagi menambahbaik serta mempertingkatkan hukuman kepada pesalah-pesalah jalan raya khususnya melibatkan seksyen 41 – seksyen 45 demi keselamatan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Terima kasih kepada semua pegawai MOT yang bertungkus-lumus menggubal RUU ini dalam tempoh yang singkat