Ini Kali Pertama Kami Akan Undi Dacing

Ini Kali Pertama Kami Akan Undi Dacing

“Ini kali pertama kami akan undi dacing”, kata Imam Basri, Ketua Cawangan PAS Kg Sabar Jaya kepada Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Menurut Dr. Asyraf, ini juga kali pertama bagi orang UMNO-BN dapat menganjurkan program di atas semangat Muafakat Nasional.

Petang tadi PAS dan UMNO sama-sama dalam program menyediakan Bubur Asyura di Kg Sabar Jaya dalam DUN Slim.

Di sini penduduknya hampir 95% penyokong PAS yang berasal dari Baling Kedah.

Moga hubungan akrab ini akan berterusan bukan sahaja di PRK Slim ini tetapi buat selama-lamanya.

Politik