Kenyataan Media: Dua Projek Rundingan Terus Dibuat Tanpa Pengetahuan

Kenyataan Media: Dua Projek Rundingan Terus Dibuat Tanpa Pengetahuan

Saya maklum mengenai kenyataan Kementerian Kewangan membabitkan projek rundingan terus sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan, yang turut mengaitkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan projek rundingan terus.

Ingin saya tegaskan 2 projek yang diluluskan kepada KPKT, sewaktu saya menjawat tugas sebagai menteri semasa pentadbiran terdahulu dibuat diluar pengetahuan saya.

Justeru, saya ingin memberikan jaminan bahawa KPKT akan melakukan siasatan membabitkan isu yang timbul.

Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Dalam Negeri