Majlis Penyerahan CCC Dan Kunci Projek Penswastaan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu

Majlis Penyerahan CCC Dan Kunci Projek Penswastaan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu

Menyempurnakan Majlis Penyerahan CCC dan kunci bagi projek penswastaan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWANT) dengan Tetuan Dacing Sempurna Housing Sdn.Bhd untuk pembangunan bercampur (Alam Mutiara Fasa 1), Mukim Pengadang Buluh Daerah Kuala Terengganu.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mempromosikan amalan terbaik dalam rekabentuk persekitaran fizikal pembangunan selain menghargai usaha pihak pemaju yang melaksanakan semua syarat-syarat kelulusan yang dikenakan oleh pihak MBKT.

Majlis tersebut tela disempurnakan oleh YB Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu.

Pihak Kerajaan Negeri mengharapkan skim pembangunan ini akan menjadi contoh dan ikutan oleh pemain-pemain industri lain dan seterusnya menjadi penanda aras baharu kualiti pembangunan perumahan di Terengganu.

Dalam Negeri