“Alangkah gembiranya hati saya bila mendapat khabar Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kapar, Sdra Poondian mahu menyerahkan 60 borang ahli DHPP baharu malam mesyuarat PAS Kapar bermesyuarat,” kata Dr. Halimah.
“Apa tidaknya.”
“Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS PUSAT, saya sentiasa memantau gelombang sokongan Non Malays Non Muslim terhadap PAS yang merupakan Parti Islam Se-Malaysia.”
Puas berpencak menangkis tohmah dan propaganda yang disusun rapi pihak musuh bagi menakut-nakutkan golongan Non Muslim terhadap PAS.
Walhal PAS jauh inklusif, praktikal dan memahami rencam masyarakat majmuk yang sedia wujud di dalam negara.
Nanti kita kupas insya Allah.
Teristimewa pada malam bersejarah itu AJK DHPP bersama Ketua DHPP SELANGOR Datuk K Deepakaran diraikan dengan disuap kek harijadi YDP dan 3 AJK Kapar.
Rezeki. Saya menyuap SU, Ketua Muslimat menyuap Ketua Wanita DHPP dan YDP menyuapkan ketua DHPP Selangor.
Syukur keharmonian terjalin mesra.
Tahniah PAS KAPAR dan DHPP.

Terdahulu, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Tuan Dr Balachandran G Krishnan berjaya mendapatkan kelulusan permohonan Kad Pengenalan (status warganegara Malaysia) Indra a/p A. Ramai yang tertangguh selama 30 tahun.
Sebelum ini Puan Indra telah meminta bantuan berberapa orang ADUN Kerajaan Negeri Pulau Pinang namun tiada sebarang hasil selama bertahun-tahun.
Selain daripada status kewarganegaraan, DHPP juga membantu Puan Indra mendapatkan kembali wang Pencen mendiang suaminya yang tertunggak sejak 18 bulan lalu kerana statusnya yang tidak jelas.
Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Dalam Negeri bahagian pendaftaran yang prihatin kepada rakyat.