Saya telah menceritakan banyak kali bahawa Malaysia menyelesaikan masalah mengenai kaum dan agama dengan menggunakan duit banyak.
Salah satu cerita yang paling best yang pernah dilaporkan di media ialah kes Kuil Sivan Bukit Gasing.
Disclaimer: ini bukan nak cari siapa salah tapi nak tunjuk bagaimana kerajaan kita berfungsi.
Pada May 2011, ramai penduduk membuat aduan kepada MBPJ mengenai kerja pembangunan di Bukit Gasing Sivan Temple. (1)
Tiada papan tanda mengenai siapa kontraktornya dan ramai pengadu merujuk kepada kerja di lereng bukit (see photo).
Pembangunan ini tidak mempunyai permit dari MBPJ dan kontraktor tu juga memulakan kerja tanpa membuat aplikasi pun kepada pihak berkuasa.
MBPJ seterusnya mengarahkan pihak temple dan kontraktor mereka untuk memberi penjelasan.
Walaupun MBPJ dan pihak temple serta kontraktor menghadiri mesyuarat beberapa kali, permintaan kepada temple committee untuk menunjukkan pelan pemajuan tidak dihiraukan.
Saya masih ingat saya bertengkar dengan wakil temple dan minta penjelasan siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku tanah runtuh.
Dalam pertengkaran itu, saya masih ingat bertanya sama ada kontraktor tu ada insurans dan jawapannya ialah mereka ada.
Tapi itu adalah satu penipuan.
Bukan kerana pihak temple tak nak bagi dokumentasi untuk pembangunan tetapi mereka memang tak boleh lakukannya sebab tanah itu bukan milik temple seperti banyak kuil kecil yang lain di Selangor.
Kuil semua ni dibina zaman British di dalam ladang getah, dan kawasan Bukit Gasing kepunyaan syarikat Petaling Rubber Estates Pte Ltd.
Memang dari zaman itu kuil macam ni dibenarkan untuk kesenangan penoreh getah yang kebanyakannya orang India.
Perbezaan temple ini ialah seorang boss MIC yang suka pergi sembahyang kat temple ni.
Derma berjuta-juta ringgit akan diberikan kepada kuil ini.
Seorang jurutera MBPJ pernah beritahu saya kalau nak buat kerja pembangunan di lereng bukit, memang perbelanjaannya perlu berjuta-juta ringgit juga.
Tak kira la.
Temple ini semakin lama semakin besar dan ianya juga tidak diusik setelah kawasan itu digelar sebagai hutan simpan pada tahun 1961. (2)
Apabila kerajaan menjadikan sesuatu kawasan hutan simpanan, apa-apa geran tanah peribadi yang ada perlu dilupuskan (kerajaan akan beli balik kalau ada).
Tapi tempat tu memang tak ada geran tanah pun dan tiada siapa yang mengusik tempat itu kerana tempat itu dilindungi kuasa politik semasa.
Jadi itu sebabnya aplikasi membuat extension kepada temple tak dibuat. Mereka tak ada geran tanah dan itu adalah keperluan pertama di dalam borang yang perlu diisikan.
Balik kepada cerita kerja di lereng bukit yang membimbangkan penduduk.
Saya dah kata pihak temple tak nak kerjasama kan? Situasi itu berkekalan selama setahun dan saya bukan lagi Ahli Majlis selepas tu, tapi ada laporan media yang sambung cerita ni.
MBPJ terpaksa saman pihak temple hanya untuk mendapatkan kebenaran meruntuhkan struktur tambahan yang dibina.
Ini ialah laporan The Star masa itu.
————————————
Datuk Bandar menegaskan bahawa perintah mahkamah telah dipohon “demi kepentingan terbaik rakyat, untuk melindungi nyawa para penganut, orang yang tinggal di Fraser Towers dan pelajar-pelajar SMK Taman Petaling yang terletak di bawah pangsapuri.
“Jabatan perundangan majlis telah menyampaikan perintah pengadilan kepada ketua jawatankuasa sementara kuil, T. Maharathan, dan peguam Datin Seri Indrani Samy Vellu.
“Kedua-dua pihak telah diberitahu tentang pelaksanaan perobohan.
“Kami menghormati sensitiviti agama dan telah memberikan tanggungjawab penuh kepada jawatankuasa kuil untuk menangani pelaksanaan perobohan.
“Tetapi sebelum ia dilaksanakan, Jabatan Bangunan MBPJ mesti diberi penerangan mengenai kaedah perobohan untuk memastikan tidak ada kejadian yang tidak diingini,” katanya. (3)
————————————
Duit dibelanjakan untuk menstabilkan lereng bukit.
Selepas kerja itu dibuat, kerajaan Selangor mewartakan 0.4 ha site tanah itu sebagai tanah keagamaan bagi orang bukan Islam dan membenarkan pihak temple menjaga kawasan itu.
“Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Perladangan, Kemiskinan dan Penyayang Selangor V. Ganabatirau memberitahu StarMetro bahawa tanah negeri akan diwartakan sebagai tempat pemujaan bagi orang bukan Islam dan tidak akan ada hak milik tanah yang dikeluarkan kepada jawatankuasa kuil.” (4)
Jadi itulah cerita bagaimana DAP dan MIC berkerjasama untuk kaum India.
The End.
Sebenarnya saya nak tambah sesuatu la.
Kamu semua yang jerit pasal ahli politik yang makan rasuah, cerita ini ialah cerita bagaimana kerajaan terpaksa mengabaikan peraturan sediaada untuk penduduk.
Kamu perasan tak tiada sesiapa pun yang dihukum melalui proses undang-undang walaupun kerajaan terpaksa membelanjakan banyak wang untuk menyelesaikan masalah.
Rule of law?
Peace.
1. Update: Tanah Runtuh Sivan Temple May 2011
SaveBukitGasing – https://savebukitgasing.wordpress.com/2011/05/30/update-sivan-temple-landslide-may-2011/
2. Penduduk Bukit Gasing Terkejut
18/06/2005 NST – https://www.hba.org.my/news/2005/605/bukit_gasing.htm
3. Kuil Bukit Gasing Sivan akan dirobohkan kerana berada dalam bahaya akan roboh – – https://www.thestar.com.my/news/community/2013/02/25/bukit-gasing-sivan-temple-to-be-torn-down-as-it-is-in-imminent-danger-of-collapsing
4. Tanah untuk Kuil Sivan – https://www.thestar.com.my/metro/community/2015/02/06/land-for-sivan-temple-site-to-be-gazetted-as-place-of-worship-for-nonmuslims
Mak Khuin Weng – マク