Hindu Sangam

Hindu Sangam

Nama yang agak negatif sebelum ini khususnya dikalangan orang Melayu Islam.

Alhamdulillah hari ini bersama Lajnah Dakwah PAS Pusat dan YADIM membuat kunjungan hormat kepada Hindu Sangam Malaysia.

Badan menjaga agama Hindu terbesar di Malaysia.

Rupa-rupanya PAS juga adalah sebuah entiti yang mempunyai persepsi negatif di kalangan masyarakat India yang belum dapat dipecahkan secara lebih meluas.

Sebab paling utama ialah kedua-dua pihak masing-masing tidak mempunyai maklumat yang jelas antara satu sama lain sehingga menyebabkan perbezaan yang ada menjadi semakin tajam hari demi hari.

Tidak ada pertemuan dan perbincangan sebelum dari ini sedangkan semua mengharapkan keharmonian dan keamanan dalam negara bertuah ini.

Kami sempat bertanya maksud perkataan Sangam.

Rupanya Sangam bermaksud persatuan atau penyatuan.

Sempat saya google selepas itu.

Sangam juga bermaksud pertemuan 3 sungai utama di India iaitu Gangga, Yamuna dan Sarasvati di sebuah daerah yang bernama Allahabad di India.

Kini Allahabad dikenali sebagai Prayagraj.

Mungkin simbolik penyatuan pertemuan 3 sungai utama inilah yang menjadi jiwa kepada perkataan Sangam.

Tertarik juga saya dengan nama asalnya Allahabad yang bermaksud negeri Allah.

Sesuatu yang perlu difikirkan.

Alhamdulillah, pertemuan yang sangat positif pada hari ini.

Berjaya memecah tembok awal yang memisahkan hubungan kemanusiaan yang mulia ini.

Pertemuan yang pada awalnya agak tegang akhirnya berakhir dengan gelak ketawa penuh kemesraan dan keharmonian.

Terima kasih Hindu Sangam Malaysia yang sudi menerima kunjungan kami hari ini.

Kami berharap untuk pertemuan dan kerjasama selepas ini.

InsyaAllah pertemuan demi pertemuan akan disusun segera demi mewujudkan perbincangan sihat demi Malaysia yang lebih sejahtera.

Fakhrurrazi Hussin

Isu Semasa