Ringkasan Ucapan Live Di Muktamar Aantarabangsa, Ijtihad A’lami Li Ulama’il Muslimin

Ringkasan Ucapan Live Di Muktamar Aantarabangsa, Ijtihad A’lami Li Ulama’il Muslimin

NORMALISASI ISRAEL

World Zionist Organization adalah satu pertubuhan yang mengumpulkan orang-orang Yahudi yang menerima persidangan Basel.

Idea awal pertubuhan tersebut dilontarkan ketika berlangsungnya Persidangan Basel di Switzerland.

Persidangan ini bertujuan dalam kerangka membina negara bangsa Yahudi, dan juga menubuhkan satu pertubuhan Zionis bersifat Antarabangsa.

Pada awalnya, pertubuhan ini telah pun mendirikan sebuah yayasan kewangan untuk mengumpul dana-dana.

Dana tersebut dikumpulkan bertujuan untuk membeli tanah-tanah Palestin bagi tujuan penjajahan.

Namun disana, terdapat organisasi oleh orang Yahudi sendiri yang kuat pegangannya terhadap agama, menentang pertubuhan ini.

Organisasi tersebut dinamakan Neturei Karta.

Mereka berpendapat, tanah Palestin mesti diserahkan kepada pemilik asalnya.

Apa sikap kita terhadap Normalisasi?

Ketahuilah bahawa tanah palestin ini adalah tanah para Anbiya’.

Ianya kiblat pertama, dan tanah suci ketiga bagi orang Islam.

Pada tanah itu terdapatnya hak orang Islam.

Maka mempertahankan tanah tersebut bukan ke atas orang arab semata-semata, sebaliknya ke atas orang Islam seluruhnya, terbina atas dasar ikatan akidah, merentasi geografi dan sempadan.

Walaupun disana muncul fatwa nak membenarkan normalisasi, akan tetapi hakikatnya telah pun muncul fatwa yang begitu banyak sebelumnya menggesa seruan jihad atas tanah Palestin.

Akhirnya, saya dengan sesungguhnya menegaskan atas nama negara Malaysia, bahawa kerajaan dan rakyatnya ini tidak akan sesekali mengiktiraf Zionis.

Ianya terbukti kekal tertulis dalam passport Malaysia, bahawa visa ini digunakan pakai disemua tempat kecuali Israel.

Semoga perjalanan kita mempertahankan tanah Palestin terus diberkati Allah.

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Luar Negeri