SOALAN:
Saya ada sebuah kedai membuat roti dan kek dan biskut.
Saya ingin bertanya tentang hukum membuat biskut bentuk haiwan seperti bentuk arnab dan beruang dan lain-lain kerana budak-budak suka biskut bentuk seperti ini.
Apakah hukumnya di sisi syarak?
JAWAPAN:
Membuat makanan seperti biskut dalam bentuk makhluk bernyawa umpama haiwan untuk dimakan adalah diharuskan oleh sebahagian ulamak.
Berkata Imam Syubramalisi:
الصور التي تتخذ من الحلوى لترويجها، لا يحرم بيعها ولا فعلها، ثم رأيت الشيخ عميرة نقل ذلك عن البلقيني
Artinya: “Segala gambaran berupa yang dijadikan daripada manisan untuk dipasarkan tidak haram jual belinya dan tidak haram membuatnya. Kemduian aku lihat Syeikh ‘Umairah menaqal yang demikian itu dari Imam Bulqini.”
(Kitab Hasyiah Syubramalisi ala Nihayah Muhtaj)
Tersebut pada Majlis Fatwa Jordan:
صنع بعض المأكولات على شكل مجسمات لا حرج فيه، حتى ولو كانت لذوي الأرواح؛ لأنها معدة للأكل والامتهان، ولم تصنع للتقديس، ولا للتعظيم ونحوه
Artinya: “Pembuatan sebahagian makanan atas bentuk bertubuh itu tidak salah padanya sehingga jikalau adalah ia bentuk makhluk bernyawa kerana sungguhnya ia adalah hidangan untuk dimakan dan tidak dibuat untuk disucikan dan bukan untuk dimuliakan dan seumpamanya.”
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus