Darah Yang Keluar Selepas Keguguran

Darah Yang Keluar Selepas Keguguran

SOALAN:

Adakah darah yang keluar selepas seorang perempuan mengalami keguguran itu darah nifas atau darah istihadah?

JAWAPAN:

Darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas selesai melahirkan anak.

Begitu juga dihukumkan darah yang keluar setelah keguguran itu sebagai darah nifas sekalipun yang keluar itu ketulan darah atau ketulan daging yang akan menjadi anak.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

وَإِنْ كَانَ) الْوَلَدُ (عَلَقَةً) أَوْ مُضْغَةً فَإِنَّ الدَّمَ الْخَارِجَ بَعْدَهُ نِفَاسٌ

Artinya: “Dan jika adalah yang keluar itu ketulan darah atau ketulan daging maka sungguhnya darah yang keluar selepasnya itu ialah darah nifas.”

(Kitab Asnak Matalib)

Dan telah berkata oleh Imam Taqiyuddin:

وَكَذَا لَو وضعت علقَة أَو مُضْغَة جزم بِهِ فِي الرَّوْضَة وَسَوَاء كَانَ أَحْمَر أَو أصفر مُبتَدأَة كَانَت فِي الْولادَة أَولا وَيُؤْخَذ من كَلَام الشَّيْخ أَن الدَّم الْخَارِج مَعَ الْوَلَد أَو قبله لَا يكون نفاساً وَهُوَ كَذَلِك على الرَّاجِح

Artinya: “Dan seperti itu juga (dikira sebagai nifas) jikalau perempuan tersebut mengeluarkan ketulan darah atau ketulan daging yang telah memutuskan dengannya di dalam kitab Ar-Raudhah dan samada darahnya itu merah atau kekuningan dan samada pada permulaan keluarnya atau tidak.”

(Kitab Kifayatul Akhyar)

Kesimpulannya darah yang keluar selepas seorang perempuan mengalami keguguran itu ialah darah nifas maka hendaklah perempuan tersebut melakukan segala hukum yang dilakukan atas perempuan yang melahirkan anak.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Soal Jawab