Sahihkah Hadith Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu?

Sahihkah Hadith Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu?

SOALAN:

Saya ada satu benda hendak bertanya berkenaan hadis syurga dibawah tapak kaki ibu itu adakah sahih hadis itu?

Terima kasih ustaz.

JAWAPAN:

Hadith yang menyebut bahawa syurga di bawah kaki ibu itu adalah hadith yang sahih.

Telah meriwayatkan oleh Muawiyah bin Jahimah As-Sulami r.a. sungguhnya dia telah datang kepada Nabi saw dan berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَدْتُ أَنْ أَغْزُوَ وَقَدْ جِئْتُ أَسْتَشِيرُكَ . فَقَالَ : هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ ؟ قَالَ نَعَمْ . قَالَ: فَالْزَمْهَا فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ رِجْلَيْهَا

Artinya : “Wahai Rasulullah! Aku berkehendak pergi ke medan perang dan sungguhnya datang aku untuk mendapatkan pandangan tuan. Maka bersabda Rasulullah : Adakah kamu masih mempunyai ibu? Jawabnya : Ya. Rasulullah bersabda : Maka kamu berkhidmatlah untuknya dan berbuat baik kepadanya maka sungguhnya syurga itu di bawah kedua kakinya.”

Hadith ini diriwayatkan oleh An-Nasaaie di dalam Sunannya dan Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan Ibnu Majah di dalam Sunannya dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Kabir.

Maksud syurga di bawah tapak kaki ibu itu sebagaimana berkata oleh Imam Munawi:

الأمهات يُلتمس رضاهن المبلغ إلى الجنة بالتواضع لهن، وإلقاء النفس تحت أقدامهن والتذلل لهن

Artinya : “Bermula segala ibu itu dituntut akan redhanya yang menyampaikan kepada syurga ialah dengan merendah diri bagi mereka dan mencampakkan diri di bawah kemulian mereka dan tidak sombong terhadap mereka.”

(Kitab Faidul Qadir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Soal Jawab