Pencapaian Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Lebih Baik Berbanding Era Pentadbiran Pakatan Harapan (PH)

Pencapaian Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Lebih Baik Berbanding Era Pentadbiran Pakatan Harapan (PH)

Alhamdulillah, pencapaian kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih baik dan positif, berbanding era pentadbiran Pakatan Harapan (PH), walaupun baru berusia enam bulan.

Kita berjaya mewujudkan kerjasama Muafakat Nasional bersama UMNO dan membentuk Kerajaan Perikatan Nasional bersama BERSATU dan parti-parti lain daripada pembangkang dan kerajaan yang mahu membuat perubahan yang positif.

Kita mendapat dukungan rakyat melalui kemenangan berturut-turut dalam pilihan raya kecil dan dapatan kaji selidik yang dibuat menunjukkan sokongan meningkat terhadap kerajaan Perikatan Nasional.

Paling penting Malaysia diiktiraf oleh dunia menjadi antara negara yang berjaya mengawal dan menangani COVID-19.

Kerajaan juga sedang memberi tumpuan kepada usaha memulih dan merancakkan semula ekonomi negara pasca COVID-19 menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Namun, cabaran kita hari ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada rakyat bagi membuat perubahan dan juga cabaran luar apabila negara kita menjadi negara paling strategik di dunia sebagai laluan timur dan barat, walaupun Malaysia sebuah negara kecil.

[Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional: Pencapaian, Harapan dan Cabaran 1 Mac 2020 – 1 September 2020.]

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Dalam Negeri