“Orang yang bijak pandai pasti tahu menilai.”
Itulah perkara yang terlintas di kepala sewaktu menghadiri Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN pada 1 September lalu.
Konvensyen yang mengumpulkan ahli akademik dan cendekiawan negara dalam menilai prestasi 6 bulan Perikatan Nasional ternyata membawa kepada konklusi bahawa PN benar-benar prihatin terhadap rakyat dan negara.
Hadir rasa syukur apabila hampir semua pembentang kertas kerja memberikan respon sangat positif terhadap prestasi kerajaan PN dalam menangani pandemik COVID-19.
Perikatan Nasional jelas tidak mensia-siakan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan untuk memimpin Malaysia.
Kajian dijalankan QGen Analysts dan Merdeka Center baru-baru ini juga membuktikan rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan gembira akan prestasi kerajaan pentadbiran PN.
Namun, para pembentang turut tidak menafikan bahawa fasa pemulihan daripada COVID-19 ini pasti akan memberi kesan kepada semua pihak terutama dari sudut ekonomi dan sosial.
Justeru besar harapan kami yang hadir dalam konvensyen itu agar PN dapat meneruskan prestasi baik ini dengan dibantu oleh rakyat yang juga prihatin terhadap kesejahteraan negara.
Jazakumullah khairan diucapkan kepada ulama’, umara’, penjawat awam dan seluruh rakyat yang berganding bahu dalam membina negara Malaysia.
Kamaruzaman Mohamad