Petikan Kertas Kerja Prof. Dao’ Dr. Amir Hussin Baharuddin (EX UUM)

Petikan Kertas Kerja Prof. Dao’ Dr. Amir Hussin Baharuddin (EX UUM)

KERTAS KERJA EKONOMI DI DALAM KONVENSYEN “SETENGAH TAHUN PENTADBIRAN PN: PENCAPAIAN, HARAPAN DAN CABARAN ANJURAN PINTAR DI PAUM PADA 1 SEPTEMBER 2020

Kita mungkin tidak sedar tetapi apa yang telah dibuat oleh Kerajaan PN adalah suatu pendekatan Keynesian yang berani, menyeluruh dan berhemat dengan langkah-langkah yang proaktif anti-cyclical yang kukuh berdasarkan pengalaman dunia sejak tahun 1933.

Negara lain yang lokek dan konservatif yang tidak mahu memberi subsidi dan sokongan harga kepada rakyat sendiri atau yang mempolitikkan subsidi dan sokongan kuasa beli rakyat tidak akan dapat bertahan lama kerana pengeluaran firma menjana pekerjaan.

Pekerjaan adalah perlu untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli negara atau rakyat.

Subsidi kuasa beli atau pendapatan atau subsidi upah untuk “menghidupkan” firma SME itu adalah langkah proaktif yang tepat untuk mengaktifkan ekonomi Malaysia!

Metod PN yang menunaikan janji ekonomi negara melalui program PRIHATIN dan langkah-langkah pakej PENJANA adalah tepat untuk zaman Covid-19 yang sudah bersama dunia sejak November 2019 dulu.

WHO menyatakan bahawa Covid-19 akan terus wujud sehingga lima tahun lagi, iaitu tahun 2024, atau di hujung tempoh penggal PRU 14 ini.

Setakat ini ekonomi Malaysia telah selamat!

PN telah memimpin hal ehwal ekonomi, sosial dan politik Malaysia dengan baik dan konstruktif ke arah negara yang bersatu, stabil dan dihormati dunia dengan rakyat yang yakin/prihatin.

Kerajaan PN adalah kerajaan termuda di dunia yang wujud sejak 1 Mac 2020.

Kabinet kita terdiri daripada orang-orang yang berpengalaman tetapi merupakan suatu kabinet baru dari segi komposisi, hemat dan minat.

Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah yang paling berpengalaman dalam keadaan kritikal asuhan PM4, PM5, PM6 dan PM7.

Beliau adalah seorang graduan ekonomi.

Sebenarnya banyak pengalaman ekonomi, politik dan perpaduan yang ada dalam jiwanya.

Sebelum 1 Mac 2020, tiada tanda langsung secara zahirnya sebarang petanda bahawa beliau berhasrat untuk menjadi PM8 berbeza dengan “pemain-pemain politik” lain.

Inilah tuahnya negara kita Malaysia bila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM8 di tengah-tengah pergolakan politik, budaya dan Covid-19.

Suatu keadaan “cacamarba” yang unik tetapi yang perlu ditangani dengan tenang, berani dan ikhlas demi kepentingan rakyat.

Allah bersama pemimpin begini.

Marilah kita gunakan keadaan ini dan mencari kemajuan ekonomi bagi negara.

Walau apa pun anutan agama dan politik kita, bantulah ekonomi negara dan kepimpinan yang ada seperti yang dibentuk oleh golongan pemimpin Kerajaan PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya merasakan Tan Sri Muhyiddin Yassin amat faham dengan aspek teori ekonomi J M Keynes, Miton Friedman dan Reaganomics pada tahun 1980-an.

Di samping PM8, kabinetnya juga mempunyai Menteri-Menteri yang cerdik ilmu ekonomi.

Cara mereka mendepani krisis ekonomi agak mudah, terbuka, kreatif dan mengembang bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa Covid-19 dan pandemik Covid-19.

Kerajaan PN adalah suatu pemerintahan yang paling muda di dunia.

Secara relatifnya, Kerajaan PN telah menjadi satu pentadbiran yang gemilang dan juga terbilang.

Di antara prestasi gemilang dan juga terbilang PN adalah:

1. Menangani Covid-19 secara kasar, pragmatik dan meyakinkan semua pihak termasuk WHO dan negara-negara lain di dunia.

Sehingga kini, PKP/PKPP telah berjaya mengekang jumlah kematian kepada 125 orang dan jumlah jangkitan masih berada di bawah 10,000!

Syabas kepada PM8, Menteri-Menteri Kabinet dan KKM!

2. Berjaya memberi keyakinan dan nafas semula kepada berbagai golongan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat ekonomi rakyat ke atas, ke arah cemerlang melalui PKP/PKPP, PRIHATIN dan pakejnya dan juga PENJANA untuk sebanyak hampir satu juta firma, termasuk firma SME.

3. Memberi nafas baru khususnya kepada rakyat dengan bantuan dan moratorium kewangan/pinjaman/kredit sehingga hujung tahun 2020.

4. Meningkatkan keyakinan kepada pelabur seperti yang disimbolkan oleh prestasi BSKL yang meningkat kepada 1580 mata pada Ogos 2020 berbanding 1495.19 mata pada 29 Februari 2020.

Paras psikologi 1600 mata sudah hampir sampai.

5. Berjaya menstabilkan tukaran asing bagi Ringgit sekitar RM4.19/USD dan nampaknya mahu bertahan.

Pada 20 Mac 2020 ia berada pada tahap RM4.319.

6. Berjaya memimpin hati rakyat ke arah perpaduan dan “norma baru” 2020.

Dahulu di bawah PH ini tidak begitu nyata malah hala tuju negara pun agak kabur.

7. Membawa “kebanggaan baru ekonomi” kepada rakyat Malaysia dengan kepimpinan yang kreatif PM8 dan Menteri-Menteri Kabinet, khususnya Menteri Kewangan.

8. Menerajui program mantap ekonomi bagi semua sektor, khususnya yang melibatkan konsumer dan firma SME.

9. Mempamerkan keadaan “prihatin ekonomi” kepada rakyat secara serius dan berkesan bukan pada RM30!

10. Mengelola ekonomi dengan baik sesuai dengan keadaan Covid-19 dan ekonomi dunia.

Tidak banyak negara yang berjaya di masa ini.

USA dan EU semuanya berada dalam keadaan ekonomi yang membimbangkan.

Kalau vaksin untuk Covid-19 ditemui, ekonomi dunia keseluruhannya akan pulih dan Malaysia sudah bersedia dengan senario baru.

Kabinet PN dilihat kuat, prihatin dan kreatif mengikut PM8 dan pemimpin PN.

Syabas dan tahniah atas kecemerlangan Kerajaan PN sebagai pentadbir ekonomi negara Malaysia.

Semoga Allah memberkati PN sebagai pemegang amanah pentadbiran negara.

Kamarul Yusoff

Isu Semasa