Sabah Milik Kita

Sabah Milik Kita

“Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia buat selama-lamanya,” kata Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Menteri Luar juga berkata beliau amat kecewa apabila Presiden Warisan, Shafie Apdal baru-baru ini mencadangkan agar Kerajaan Malaysia berunding dengan Kerajaan Filipina.

Perlu difahami, tuntutan Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak relevan,” katanya lagi.

Menurut beliau Malaysia TIDAK pernah mengiktiraf tuntutan tersebut.

“Jadi, tiada sebab mengapa kita perlu berunding dengan mereka.”

“Sekiranya kita buka ruang rundingan, itu bermakna Malaysia akui tuntutan tersebut mempunyai asas.”

Beliau turut mempertikaikan sama ada Shafie menganggap tuntutan Filipina itu berasas.

Beliau menambah bahawa sebagai pemimpin Sabah, Shafie sepatutnya lebih tegas, bukannya cuba beri muka kepada pihak luar yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah.

“Pendirian Kerajaan Malaysia tetap kukuh – tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah!”

Isu Semasa