Foto: Sehari Di Dun Bandar

Foto: Sehari Di Dun Bandar

Bermula dengan sarapan pagi sambil mendengar permasalahan rakyat di kedai mi talam sohor Pulau Kambing (hadapan Ajees).

Seterusnya ke PB Hotel mengikuti Bengkel Perundingan Pakar (Infrastruktur) Belanjawan 2021 anjuran TSIS.

Tengahari sesudah Bengkel, sempat meraikan staf Pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu yang juga diadakan di PB Hotel.

Sebelah petang pula menghadiri jemputan Tazkirah Zuhur di Surau Jalan Banggol sebelum bergegas ke sekitar Cabang Tiga untuk melawat dua unit rumah yang sedang dibaikpulih di Kg. Losong Hj. Mamat dan Padang Hiliran serta menziarahi tiga keluarga untuk menyampaikan sumbangan kebajikan.

Adun Bandar bersama YM Sayyid Hassan Syed Mohamad, Ketua Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bandar, Encik Khairuddin Muhamad, Penyelia iMiTS Dun Bandar, serta beberapa orang kakitangan PKM juga sempat melawat lokasi jeti di Losong Hj. Mamat dan Pulau Kambing yang akan dibaikpulih.

Insya-Allah, pintu PKM sentiasa terbuka buat warga komuniti Dun Bandar datang berkongsi permasalahan, dan kami akan berusaha untuk membantu semampunya.

Terengganu