Bermula semalam, Jabatan Kastam dan Pengawalan Sempadan AS (CBP) mengenakan sekatan ke atas minyak masak serta produk keluaran FGV Holdings, anak syarikat dan mana-mana syarikat usaha sama FGV.
Alasannya, FGV mengamalkan buruh paksa, termasuk penipuan; sekatan pergerakan; pengasingan; keganasan fizikal dan seksual; pemerasan dan ancaman; penyimpanan dokumen pengenalan diri; penahanan gaji; perhambaan hutang; penderaan kerja dan tempat tinggal serta bebanan kerja berlebihan.
AS turut mendakwa FGV mengamalkan pemaksaan buruh kanak-kanak.
https://www.cbp.gov/…/cbp-issues-detention-order-palm…
FGV menafikan segala tuduhan itu, dan menyifatkannya sebagai tidak munasabah.
Satu persatu senarai tuduhan dijawab, baca pautan berikut:
https://www.bharian.com.my/…/fgv-kecewa-tuduhan-tidak…
Kami percaya, sekatan ini adalah berasaskan daripada desakan NGO International Labor Rights Forum pada 18 Ogos 2019 dan Grant & Eisenhofer ESG Institute pada 24 Jun 2019.
https://laborrights.org/…/ngos-call-us-customs-block… & https://www.gelaw.com/…/ESG_Institute_Palm_Oil_Petition…
Felda memiliki sekitar 33% saham FGV.
Setakat jam 5 petang tadi, saham FGV jatuh sebanyak 8.7% dengan sekitar 29 juta unit dilepaskan akibat tindakan larangan oleh AS.
https://www.bursamalaysia.com/…/list…/company-profile…
Meskipun eksport FGV ke AS-Canada bernilai 5.3% daripada keseluruhan pendapatan, kesannya boleh membawa kepada negara lain menuruti tindakan yang sama.
https://www.theedgemarkets.com/…/us-ban-restrict-fgv…
Ini bukan perkara kecil, apatah lagi dalam tempoh ekonomi terdesak dek Covid ini.
Bahkan, ia melibatkan banyak portfolio kementerian – Sumber Manusia, Komoditi, Perdagangan dan kementerian Felda.
Dan bukan sekali komoditi Malaysia disekat oleh Kastam AS atas alasan yang sama.
Pada 16 Julai 2020, syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove, ketika tengah sedap lagi mencanak, AS mengenakan larangan terhadap produknya.
https://www.bharian.com.my/…/sekat-masuk-produk-top-glove
Pada 2 Oktober 2019, AS mengenakan larangan bawa masuk produk syarikat WRP Asia Pasific Sdn Bhd, pengeluar sarung tangan getah.
Bagaimanapun, pada 25 Mac 2020, larangan tersebut ditarik semula.