Semenjak lepas berakhirnya PRN Sabah ni, ramai pula orang besar didapati positif Covid 19.
Umno paling ramai yang didapati positif.
DAP, PKR, Bersatu juga terkena.
Alhamdulillah tiada dari PAS.
Semoga mereka sembuh semuanya dengan segera.
Walaupun begitu, jumlah kes secara keseluruhannya terkawal kerana lebih separuh kes berada di dalam penjara.
Teringat kepada Menteri Perusahaan Utama YB Dr Khairuddin yang diejek selepas dibandingkan sebagai burung hud-hud oleh Mursyidul Am PAS.
Beliau negatif, tetapi bersalah kerana melanggar kuarantin.
Kemudiannya beliau sanggup memotong gaji beliau empat bulan.
Sebenarnya, agak berisiko juga pergerakan beliau dan para pemimpin negara yang lain, semata-mata kerana menjalankan tugas negara.
Namun salah, tetap salah.
Sekarang nampaknya ramai pulak yang dilihat macam burung hud-hud sebab alasan pergi berkempen, buat kerja.
Oleh kerana PRN ni salah satu cara nak dapatkan kuasa dari musuh, maka dikatakanlah perginya mereka itu atas urusan penting.
Kerajaan pun pada mulanya tidaklah mengisytiharkan keperluan kuarantin kepada mereka yang datang dari Sabah, kecuali setelah dilihat kes agak banyak, ia dimulakan pada 27 September.
Bagi yang tidak faham, mereka menuduh Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sengaja tidak melakukan kuarantin, sedangkan 24 September ketika beliau pulang, masih belum ada arahan wajib kuarantin.
Tetapi harus juga diingat Kerajaan Sabah yang dikuasai Warisan juga tidak berperanan apatah lagi sanggup mengadakan PRN dalam masa Covid 19 masih aktif di sana.
Shafie Apdal begitu bersemangat mahu mengadakan PRN.
Mereka tidak memilih seperti keputusan Melaka, Johor, Perak dan juga Kedah yang hanya menukarkan MB mereka, tanpa PRN.
Menariknya, kesemua MB-MB yang ditukar itu, begitu menghormati keputusan Sultan dan TYT masing-masing bagi turun dari posisi mereka dan menyerahkannya kepada musuh, tanpa bantahan yang menyusahkan semua.
Satu keadaan yang amat baik.
Tiada pergolakan menggila sesama mereka kerana tidak mahu melepaskan kerusi MB.
Sebaliknya keputusan mengadakan PRN di Sabah, dilihat agak aneh kerana tidak bertindak sebagaimana negeri-negeri semenanjung.
Ketika mereka mempunyai peluang bagi menghindari wabak, mereka mensia-siakannya.
Takdir Allah, Covid 19 semakin merebak.
Shafie juga dilaporkan pada suatu masa berkata, sanggup mati daripada menyerahkan kuasa negeri.
Ketika ini, masuk laskar-laskar siber pembangkang, meniupkan api kebencian rakyat kepada kerajaan.
Mereka diakui sememangnya cekap dalam memfitnah, mengambil peluang bagi memenuhi kehendak tuan mereka.
Hamba abdi siber pembangkang ini, juga akan bermati-matian membuat fitnah dan menaikkan nama pemimpin pembangkang, tuan mereka.
Mereka berlakon seperti mereka tidak berparti.
Lihat, Ketika YB Dr Khairuddin bersalah kerana gagal mematuhi arahan kuarantin, selama beberapa hari, berterusan mereka menyerang.
Tetapi sekarang ini, mereka diam kerana ada di kalangan pimpinan mereka turut positif.
Mereka menukar serangan sekarang dengan mengatakan kerajaan tidak adil, ‘double standard’ apabila mengenakan hukuman.
Rakyat tiba-tiba menjadi marah, benci kepada politik.
Usaha pembangkang berhasil.
Tetapi rakyat tidak sedar, mereka sedang ditipu.
Jika rakyat mengimbau sedikit sahaja kelakuan mereka beberapa bulan lalu, maka rakyat pasti akan bersetuju yang kononnya tuduhan mengatakan isu Covid ini berat sebelah, hanyalah rekaan bagi matlamat mereka.
Imbas kembali, sewaktu seorang ahli perniagaan yang pro-DAP menuduh askar hanya tahu makan dan tidur sahaja dan mencadangkan mengurangkan perbelanjaan mereka, sebenarnya mahu meletakkan negara dalam bahaya.
Rupanya ia telah berlaku di banyak negara akibat idea jahat dan menghina askar ini.
Akhirnya negara menjadi lemah kerana askar dilihat sebagai pembaziran.
Sama juga ketika mereka menuduh kerajaan terlalu berpolitik dan mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat, mereka mengalihkan pemikiran rakyat supaya tidak mengundi atau berkecuali kerana kecewa dengan pimpinan kerajaan.
Tetapi, dalam masa yang sama, berduyun-duyun anak-anak muda mereka mendaftarkan diri untuk mengundi.
Anak-anak muda kita, menjadi bodoh, diperdayakan mereka.
Lihat dengan jelas, betapa mereka cuba menanamkan kebencian terhadap pimpinan negara, hatta kepada Menteri Agama juga, yang tidak melakukan sebarang kesalahan, hanya kerana positif Covid 19, lantas dituduh beliau sebagai penyebar penyakit.
Tetapi diam membungkam ketika MB Selangor keluar dari kuarantin dan juga sewaktu Adun DAP positif. Jika anda mulai percaya bahawa politik tidak penting, bermakna, ada sudah berada di dalam pukat mereka.
Alhamdulillah fitnah ini semakin menampakkan dirinya dengan kegelojohan ketua mereka untuk menjadi PM.
Mereka sengaja mencipta fitnah bagi memudahkan ketua mereka yang dipercayai akan diangkat menjadi PM minggu depan.
Sedang rakyat sarat dengan masalah, mereka datang membawa lagi masalah, sambil jari jemari mereka menuding ke arah kerajaan.
Tidakkah ini kerja gila?
Dan anda pula percaya?
Oleh itu, dalam waktu sebegini, perlu kita mengenal antara burung hud-hud yang melakukan kerja mereka.
Namun hud-hud juga tidak terlepas dari undang-undang, itu kita setuju.
Dan kita juga perlu tahu seekor lagi burung iaitu burung hering yang kerja mereka menunggu mangsanya mati dan hanya memakan bangkai.
Malah dosa fitnah lebih teruk dari memakan daging saudaranya sendiri.
Sanggupkah anda bersama hering yang pengotor itu?
Amat malang, setelah 22 bulan anda kenali mereka sebagai penipu, kini anda bakal ditipu semula oleh mereka.
Dan penipuan kali kedua ini, pastinya akan lebih menyeksakan rakyat, sedang dalam keadaan rakyat susah dan mereka tiada kuasa, mereka masih sanggup menipu, apatah lagi bila berkuasa.
Mohd Nasir Abdullah