Kenapa PAS Jadi Sasaran

Kenapa PAS Jadi Sasaran

Serangan dan kes terhadap Menteri Kabinet Dr. Khairuddin Aman kembali di pentas politik Malaysia.

Rata-rata rakyat terutamanya Ahli PAS menyangka kes ini sudah basi dan lunyai, tiba-tiba kelmarin kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Dr. Khairuddin berumur 46 tahun.

Kelahiran Seberang Takir Trengganu.

Kelulusan Universiti Malaya dan Universiti al Bayt Jordan.

Masih dalam lingkungan anak muda.

Seorang lagi Menteri tetapi kali ini yang berstatus Menteri Besar.

YAB Sanusi Mohd Noor, Menteri Besar Kedah menjadi sasaran mereka yang punya kepentingan diri atau organasasi tersembunyi.

Sanusi anak jati Sik Kedah.

Kelulusan USM.

Umur 46 tahun.

Di Sabah pula mereka takut wakil PAS yang di beri tempat dan punya kuasa mencorak politik Malaysia terutamanya di Sabah ialah anak-anak muda Sabah yang mempunyai kelulusan akademi terdidik dengan fitrah Islam.

Rata-rata pemimpin PAS Sabah ini yang berumur 50 tahun ke bawah.

Persoalannya kenapa sasarannya dituju kepada Menteri PAS atau yang punya pontensi menjadi Menteri.

Apa yang sangat mereka takuti.

Mari kita lihat dulu mereka yang bergelar Menteri.

Satu di Pusat satu di Negeri.

Mereka sudah melihat kelebihan yang ada pada Menteri-Menteri ini iaitu faktor umur.

Masih di dalam golongan orang muda.

Jika tidak disekat dari sekarang ramai anak muda akan mengikuti jejak mereka ini.

Mudah untuk YB Dr Khairuddin dan YAB Sanusi mendekati anak muda dengan program menarik anak muda kerana mereka sendiri masih muda.

Apabila masalah kelapa sawit getah dapat diselesaikan dengan cemerlang ini membuat musuh PAS tidak senang duduk.

Masalah Tanah balak di Kedah bila YAB Sanusi bentangkan dengan tenang mendapat perhatian.

Begitu juga masalah FA Kedah.

Diselesaikan dengan baik kewangan persatuan itu.

Anak-anak muda ini cepat bertindak dan pantas bergerak menyelsaikan masalah di kementerian dan negeri yang diamanahkan kepada mereka.

Berbalik kepada PAS Sabah pula.

Mereka sudah menduga kemungkian besar PAS akan mencalonkan wakil PAS ini masih muda dan mudah mendekati anak-anak muda.

Kata-kata negatif terhadap PAS seperti PAS akan mengugat keharmonian negeri Sabah sebenarnya cuma ungkapan kosong berselindung atas ketakutan pada kebolehan anak muda ini bergerak mendapat pengaruh akhirnya akan mengubah lanskap politik negeri Sabah memahami apa itu Politik Islam.

Pemimpin-peminpin muda ini lah pengerak yang perlu di sekat dari sekarang.

Itu jawapan sebenar kenapa PAS menjadi sasaran mereka.

Politik