Khutbah Jumaat: Islam Adalah Agama Nabi Ibrahim

Khutbah Jumaat: Islam Adalah Agama Nabi Ibrahim

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلِيّٞ مِّنَ ٱلذُّلِّ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرًا. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، الۡبَدۡرُ الدُّجَىٰ وَالسِّرَاجُ المُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَىٰ حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، الرَّحۡمَةِ الۡمُهۡدَاةِ وَالنِّعۡمَةِ الۡمُسۡدَاةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُۥ. أَمَّا بَعۡدُ:
فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى. فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُون

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah.

Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudaraku Muslimin yang dirahmati Allah.

Marilah kita mendengar penegasan daripada Allah SWT.

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya: “Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.”
(ali-Imran: 67)

Ayat ini menolak mereka yang cuba menyamakan Islam dengan agama-agama yang lain atas nama mewujudkan perdamaian dunia mementeraikan perjanjian yang dinamakan perjanjian ‘Abraham’ (perjanjian Ibrahim) kononnya Ibrahim adalah datuk yang melahirkan tiga agama besar dunia, iaitu agama Yahudi, agama Kristian dan agama Islam.

Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang dipelihara oleh Allah SWT yang dijamin tidak boleh diselewengkan sekali-kali sehingga hari qiamat, menegaskan bahawa hanya Islam sahaja yang dianut oleh Ibrahim AS.

Mereka yang telah menamakan agama Yahudi dan Kristian termasuk musyrikin sudah menyeleweng daripada ajaran asal Islam yang dibawa oleh Ibrahim AS.

Tidakkah Allah SWT telah berfirman:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Maksudnya: “Sesungguhnya addin (agama yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam.”
(ali-Imran: 19)

Dan firman Allah SWT lagi:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya: “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”
(ali-Imran: 85)

Sama ada yang dinamakan agama-agama, teori, ideologi dan sebagainya walaupun dinisbahkan dengan nama Ibrahim adalah menyeleweng daripada Ibrahim dan Islam yang dibawa Ibrahim.

Walaupun keturunan Ibrahim mengadakan teori dan ideologi ciptaannya.

Adam Smith seorang Yahudi keturunan Ibrahim dan Adam Smith dan Karl Marx sudah menyeleweng daripada Islam yang dibawa oleh Ibrahim AS.

Maka haram bagi umat Islam menerima yang lain daripada Islam.

Walaupun kita berpegang dengan konsep لَا إِكْرَاهَ فِى الدِّينِ (tiada paksaan dalam agama), kita disuruh berdamai dengan sesiapa sahaja di dalam dunia ini.

Perdamaian adalah diutamakan dalam hubungan Islam bersama pihak lain, tetapi menegakkan Islam adalah benar tidak ada tolak ansur sekali-kali.

Setiap orang Islam mestilah mati dengan Islam.

Tidakkah Allah menyatakan:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
(ali-Imran: 102)

أَعُوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَانِ ٱلرَّجِيمِ

وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Maksudnya: “Dan tidak ada yang benci kepada agama Ibrahim, melainkan orang yang memperbodoh dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang saleh.”(130)

“Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: “Tunduk patuhlah!” Ibrahim menjawab: “Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam.” (131)

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.” (132)
(al-Baqarah: 130 -132)

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيم

Khutbah