Secara umumnya seperti penegasan kita berulang kali, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional terus komited mendokong kerajaan yang ada sekarang.
Tumpuan kita adalah terus bekerja keras untuk memperbaiki kesejahteraan rakyat dan negara.
Kita tidak mahu tumpuan kita disibukkan dengan permainan sandiwara politik yg merugikan semua pihak.
Kerana itu kita tidak terkejut apa yg berlaku hari ini.
Kita tahu DS Anwar Ibrahim tiada angka itu.
Pagi tadipun ketika perbincangan harian saya bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi di Pejabat beliau di MOSTI, beliau berkongsi pandangan yang sama iaitu UMNO masih komited dengan kerajaan persekutuan sekarang seperti semua parti komponen dalam muafakat Nasional, Perikatan Nasional, GPS dan GRS.
Saya harap Anwar Ibrahim akur dengan nasihat oleh SPB YDP Agong setelah kegagalan beliau yang memalukan itu.
Rakyat melihat dengan jelas beliau berbohong bila dalam sidang media beliau mendakwa telah menyerahkan butiran lengkap sokongan yang diperolehi seperti akuan bersumpah MP dan parti parti yang terlibat.
Sedangkan sejurus kemudian Istana Negara memaklumkan cuma dimaklumkan angka tanpa sebarang senarai MP atau bukti berkaitan.
Saya fikir beliau telah mengecewakan seluruh penyokong dia sendiri, negara sementelah lagi.
Beliau akan menjadi semakin tidak relevan oleh peristiwa ini.
Mungkin sudah tiba ketikanya beliau memikirkan untuk mengundurkan diri.
YB Haji Ahmad Amzad Hashim
Ahli Parlimen Kuala Terengganu