Modul i-TGM, i-Dispenser

Modul i-TGM, i-Dispenser

Modul i-TGM, i-Dispenser: Intelligent Dispensing Machine adalah sebuah mesin pintar yang menggunakan elemen Artificial Intelligence (AI) and Data Analytics untuk memudahkan pesakit untuk mendapat ubat methadone tanpa perlu pemantauan daripada pegawai perubatan kerajaan seperti kebiasaan sekarang.

Mesin ini juga boleh dikendalikan secara kendiri pesakit dengan semua data pesakit sudah diprogramkan di dalam database sedia ada.

I-Qalbu pula merupakan aplikasi yang boleh melestarikan cara hidup positif dalam menghayati nilai-nilai Islam dan sebagai medium mudah alih bagi amalan psikospiritual Islam bagi tahanan penjara, penagih dadah dan pesakit hospital.

Awal pagi ini saya menerima kunjungan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Nasir Mohammad, Pengarah Urusan Diagnotrade System Sdn Bhd, Baharin Hj Abdul Aziz, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Abd Rashid Mohamed dan Saintis dari Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM ) di MOSTI.

Bagi MOSTI, saya telah menzahirkan hasrat kami dalam memartabatkan penggunaan teknologi terkini selaras dengan perkembangan Revolusi Industri (IR 4.0) yang pesat dalam meningkatkan nilai sosial dan spiritual.

Semoga ini akan membawa manfaat besar kepada pembangunan negara.

Haji Ahmad Amzad Hashim

Teknologi