Antara Dua Darjat

Antara Dua Darjat

‘Pejabat Pendakwa Raya (AGC) berjaya memusnahkan segala keyakinan dan kepercayaan awam terhadap integriti dan kebebasannya dengan keputusan “Tiada Tindakan Lanjut” terhadap kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Mohd Khairudin Aman Razali yang telah mengingkari SOP kuarantin Covid-19 sejurus selepas pulang bersama rombongannya daripada satu lawatan ke Turki pada 7 Julai 2020.’ – Lim Kit Siang

(https://www.roketkini.com/…/tiada-tindakan-lanjut…)

Sebelum saya komen, sila baca tiga artikel di bawah:

1. Khairuddin sudah dikompaun RM1,000

(https://www.bharian.com.my/…/khairuddin-sudah-dikompaun…)

2. ‘Saya dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai menteri untuk Mei hingga Ogos sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Gaji Mac dan April juga disumbangkan ke tabung berkenaan sebagaimana keputusan Kabinet sebelum ini …

Saya dengan ini memohon jutaan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku.’ – Khairuddin Aman Razali

(https://www.google.com/…/www.hmetro.com.my/node/612906/amp)

3. NFA atas alasan YB Menteri (Khairuddin) tidak diserahkan Borang 14b di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

(https://www.bharian.com.my/…/langgar-kuarantin-peguam…)

Apa yang Dr Khairuddin telah buat adalah salah.

Tak ada siapa boleh pertikaikan.

Beliau sendiri memohon maaf dan memulangkan gaji.

Tapi ini masih tak cukup menurut Kit Siang.

Dia nak Dr Khairuddin dipenjarakan.

Wajarkah?

1. Dr Khairuddin tidak dijangkiti Coronavirus dan beliau tidak memulakan apa-apa kluster.

2. Dr Khairuddin tidak diberikan arahan bertulis untuk berkuarantin di dalam rumah.

Tiada gelang merah jambu diberikan juga.

Tanpa arahan ini, tanggungjawab untuk berkuarantin hanyalah bersifat moral tanpa kuasa undang-undang.

Kenapa arahan dan gelang tidak diberikan, itu, Dr Hisham kena check.

3. Kesalahan langgar perintah kuarantin di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh dikompaun.

Setelah kompaun ditawarkan dan bayaran dibuat, maka tiada pendakwaan boleh dimulakan atas kesalahan itu.

Kalau kesalahan lain, e.g. dengan cuai menyebabkan orang lain dijangkiti virus, itu boleh didakwa.

Apa kesalahan lain yang dibuat?

Setahu saya, Dr Khairuddin boleh dikritik kerana gagal berkuarantin tetapi tiada keperluan untuk “overkill”.

Saya nak tanya Kit Siang, sampai hari ini, adakah Teresa Kok dikenakan kompaun atau didakwa kerana keluar rumah ketika MCO?

(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3181914151819684&id=117300344947762)

Hari ini kamu kutuk AGC macam-macam.

Tapi bagaimana pula dengan Guan Eng yang dilepaskan dalam kes Banglo walaupun masih terdapat ramai saksi pendakwa yang belum memberi keterengan?

Masa itu hang syok kan?

P.S. Saya sepatutnya buat live FB semalam tapi maklumlah, kan Malam Jumaat. Bini kacau tak mau lepas. Tak berani saya nak on camera. Okay lama saya tak share peribahasa Punjabi. Mai aku belanja satu. “Annay nu bula, tay do aunn gay” yakni jemput seorang buta ke majlis dan dua orang akan datang (satu yang buta itu dan satu lagi yang kena bawa dia).

DR. SHAMSHER SINGH THIND

Isu Semasa