Khutbah Jumaat: Bencana Dan Wabak Adalah Azab Allah Di Dunia

Khutbah Jumaat: Bencana Dan Wabak Adalah Azab Allah Di Dunia

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلِيّٞ مِّنَ ٱلذُّلِّ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرًا. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، الۡبَدۡرُ الدُّجَىٰ وَالسِّرَاجُ المُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَىٰ حَبِيبِنا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، إِمَامِ الۡمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الۡمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ، وَالتَّابِعِينَ بِإِحۡسَانٍ إِلَى يَوۡمِ الدِّينِ. أَمَّا بَعۡدُ:
فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى. فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikuti segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah.

Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah, marilah kita mendengar amaran daripada Allah SWT.

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.
(al-Anfaal: 25)

Ayat ini merupakan amaran daripada Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hamba-Nya serta yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana, menjadikan alam dengan peraturan-peraturan dan undang-undang-Nya, menjadikan sempadan untuk memelihara makhluk-Nya dengan sebaik-baik-Nya.

Apabila manusia melanggar sempadan dan aturan Allah SWT, maka akan merosakkan diri mereka sendiri, sama ada yang berkait dengan iman, yang berkait dengan ibadat, yang berkait dengan amalan dan akhlak mereka.

Sekiranya mereka mengubah ketetapan Allah SWT, bermakna mereka mencelakakan diri mereka sendiri.

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
(Ar-Ra’d: 11)

Kemusnahan itu berlaku dengan bencana yang menimpa dunia ini ataupun penyakit dan wabak yang menimpa mereka mengenai jasad merupakan azab Allah di atas dunia supaya manusia itu sedar dan insaf.

Apabila berlakunya wabak bencana, musibah dan malapetaka, kita hendaklah muhasabah dan menghisab diri kita sendiri terhadap kesalahan dan dosa yang kita lakukan, lalu kita bertaubat kepada Allah SWT.

Sekiranya kita tidak berdosa, kita melihat orang lain melakukan kemungkaran yang menjadi kewajipan kepada kita mencegah kemungkaran itu.

Sekiranya kita mendiamkan diri, bencana akan menimpa semua, bukan sahaja orang-orang yang zalim dan jahat, tetapi termasuk juga orang-orang yang soleh.

Allah Taala akan hisab amalan mereka pada hari qiamat kelak.

Marilah kita menghadapi bencana yang melanda dunia pada hari ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan untuk kita kembali kepada Allah SWT.

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: “Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

(Al-Mu’minoon: 115)

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ.

Khutbah