Kuasa Tersirat

Kuasa Tersirat

Saya dah kata YDPA boleh mengisytiharkan darurat sekiranya perlu.

Tapi Perlembagaan juga kata perlunya YDPA mengikut ‘nasihat’ dari Jemaah Menteri.

Secara teknikalnya, saya bersetuju bahawa YDPA perlu mengikut apa yang diminta oleh Muhyiddin dan mengisytiharkan darurat sekiranya kita nak baca terus apa yang Perlembagaan itu nyatakan.

Kalau YDPA tak nak ambil kira isu-isu semasa dan nak ikut buta-buta ‘nasihat’ sepertimana apa yang tertulis di dalam Perlembagaan, senang saja – kita semua akan berada dalam musim darurat sekarang.

Tapi anda perasan tak Muhyiddin tak memaksa Baginda untuk isytiharkan darurat dan Baginda juga memberi jalan keluar untuk kesemua pihak jaga muka dengan menyatakan bahawa Baginda menganggap permintaan darurat itu sebagai cadangan saja?

Okay. Saya nak jelaskan sedikit mengenai konsep ‘kuasa’ untuk menerangkan kenapa Baginda memang boleh mengisytiharkan darurat.

Yang pertamanya, adat istiadat memerlukan Perdana Menteri berjumpa dengan YDPA dan Baginda yang perlu mengisytiharkan darurat.

PM sendiri tak boleh isytiharkan.

Apa yang berlaku di dalam perbincangan itu diantara YDPA dan PM.

Dan sekiranya ahli politik main politik dan bantah bajet sehingga ianya gagal, maka PM boleh menghadap Baginda semula kan?

Itu saya dah jelaskan adat istiadat sebelum ini.

Masa itu PM masih boleh berikan nasihat supaya YDPA mengisytiharkan darurat.

Itu memang mengikut Perlembagaan seperti yang tertulis.

Sebab itu YDPA membuat pengumuman tak perlunya buat masa ini mengisytiharkan darurat.

Jadi, apa yang kamu semua ingat bahawa YDPA tak boleh berfikir dengan cara tersendirinya untuk menyelesaikan masalah negara dan hanya boleh ikut apa yang disarankan oleh PM itu salah.

Sememangnya kalau kamu masih degil dan nak cabar keputusan YDPA seperti yang di hasrat beberapa peguam tu, memang boleh.

Tapi akhir kata, apa jua kuasa yang kamu ingat kamu ada itu bergantung kepada mereka yang ingin mendengar dan melaksanakan apa yang kamu katakan itu.

Memang kalau YDPA bertindak secara tak adil, tak semestinya ada orang yang akan ikut arahan Bagindakan?

Jadi, saya nak tanya soalan senang di sini.

Sekiranya kamu nak membantah tindakan YDPA mengisytiharkan darurat kerana semua ahli politik itu tak nak berkerjasama untuk menangani Covid-19, kamu kena bayangkan Angkatan Tentera Malaysia nak ikut cakap siapa – YDPA ataupun orang yang menentang pengisytiharan darurat itu?

Dan kita semua tak akan tahu jawapan untuk soalan ini sekiranya ahli politik semua tak ‘test market’.

Maka kuasa YDPA itu adalah ‘implied’ ataupun tersirat dalam kenyataan Baginda.

Kamu berani nak test market tak?

Sebelum tu, sila baca apa kenyataan ATM kita ni:

Angkatan Tentera Malaysia masih dalam keadaan bersedia walaupun tidak ada keadaan darurat, kata ketua Angkatan Pertahanan

https://www.malaymail.com/…/malaysian-armed…/1916243

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

Dalam Negeri