Duit KWSP Duit Kita

Duit KWSP Duit Kita

Duit KWSP memang duit kita.

Tapi duit anda dalam KWSP majoritinya telah dilaburkan dalam Bursa Malaysia.

Dividen yang anda duk dapat setiap tahun adalah hasil keuntungan pelaburan dalam Bursa Malaysia.

Duit anda berkembang pada kadar yang berisiko rendah.

Contoh kasar, RM10,000 hari ini – selepas 20 tahun sudah jadi RM30,000.

Berkembang.

Berkembangnya duit anda dalam KWSP adalah hasil daripada pelaburan KWSP dalam syarikat-syarikat berpotensi di Bursa Malaysia.

KWSP adalah salah satu institusi besar yang terlibat dalam pelaburan Bursa Malaysia.

Boleh dianggap KWSP adalah more than a jerung.

Jika pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM10,000 dibuat serentak, KWSP akan terpaksa melepaskan lebih RM50 bilion pegangan sahamnya dalam Bursa Malaysia, dicairkan untuk diagih kepada pencarum yang memohon.

Market Bursa Malaysia akan berdarah, dan memberi kesan juga kepada pelabur-pelabur lain.

Apabila market Bursa Malaysia menjunam, pelaburan-pelaburan dalam Bursa Malaysia akan terjejas, termasuk pelaburan KWSP sendiri.

Apabila keuntungan saham KWSP terjejas, ia akan menjejaskan dividen yang bakal diterima oleh para pencarum.

Maka perkembangan duit KWSP anda juga terganggu.

Melainkan KWSP menggunakan sumber keewangan lain (yang bukan dalam bentuk saham) untuk pengeluaran akaun 1 KSWP tersebut.

Kenyataan “sukar” yang disebut oleh PM mungkin ada kaitan dengan ‘tak ada sumber lain’ juga.

Mungkin.

Sekian

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Ekonomi