RM4,000. Itulah gaji wakil rakyat negeri Kelantan sebelum tahun 2015, kurang separuh atau lebih gaji yang diterima oleh wakil rakyat negeri lain.
Sama macam pegawai kerajaan Gred 44.
Setelah kenaikan lima tahun yang lalu.
Tahukah saudara sekalian, gaji MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kini RM15,000 berbanding gaji MB Terengganu dan Pahang ialah sebanyak RM30,000 sebulan.
Tahukan saudara sekalian, gaji ADUN di Pahang sebanyak RM14,000 sebulan dan di Terengganu sebanyak RM11,000.
Dengan prestasi kewangan di Kelantan yang mendapat pujian Ketua Audit Negara saban tahun, mempunyai markah pengurusan kewangan yang tinggi, sesuai dengan pandemik COVID-19 yang melanda negara, memerlukan wakil rakyat untuk bekerja lebih keras, maka, menyamatarafkan gaji wakil rakyat yang banyak berkorban untuk kita selama ini, amatlah sesuai.
Kami percaya, kenaikan bukanlah di luar kemampuan, dan kami percaya, kenaikan juga tidak melebihi gaji negeri-negeri lain, kerana kami sedar, Kelantan sentiasa digelar negeri miskin.
Namun amanah dalam menguruskan dana kerajaan.
Bebas rasuah selama tiga puluh tahun memerintah.