Khutbah Jumaat: Cabaran Dalam Penghinaan Terhadap Nabi ﷺ

Khutbah Jumaat: Cabaran Dalam Penghinaan Terhadap Nabi ﷺ

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَو كَرِهَ المُشرِكُونَ. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، الۡبَدۡرُ الدُّجَىٰ وَالسِّرَاجُ المُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَىٰ حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ الرَّحۡمَةِ وَشَفِيعِ الۡأُمَّةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَمَنۡ وَالَاهُۥ. أَمَّا بَعۡدُ:

فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى. فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah.

Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Firman-Nya:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا

Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

(al-Ahzab: 21)

Itulah matlamat hidup bagi manusia yang diciptakan oleh Allah, khususnya bagi umat Islam yang kenal Allah SWT.

Segala amalan mereka kerana Allah SWT dan mereka semua menuju ke negeri akhirat, tempat yang kekal selama-lamanya.

Allah yang sayang dan kasih kepada hamba-hamba-Nya, khususnya manusia yang diletakkan di atas mereka bumi ini dengan rahmatnya mengutuskan nabi-nabi dan rasul-rasul AS yang berakhir dengan nabi akhir zaman, Muhammad ﷺ yang tidak ada lagi nabi dan rasul selepasnya.

Sekiranya ada orang yang mengaku menjadi nabi dan rasul dimasa ini, maka dia bohong dan merupakan syaitan yang paling besar.

Sesat dan binasa sesiapa yang mengikutinya.

Rasul ini dipilih oleh Allah SWT untuk menyelamatkan kita semua.

Oleh kerana jasanya yang sangat besar, orang-orang yang beriman hendaklah sayang dan kasih kepada Rasulullah ﷺ.

 Sabda Rasulullah ﷺ:

لَا يُؤۡمِنُ أَحَدُكُمۡ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيۡهِ مِنۡ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجۡمَعِينَ

Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga Aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia.”

Kerana kasih kepada ibu bapa dan sesame manusia hanya sekadar di atas dunia sahaja.

Adapun kasih kepada nabi ﷺ daripada dunia sehingga hari akhirat.

Kerana memahami hakikat ini, para sahabat RAmempertahankan nabi ﷺ dengan harta dan jiwa raga mereka, termasuk dalam mempertahankan Islam itu sendiri kerana jasa nabi ﷺ lebih daripada jasa ibu bapa dan lebih daripada jasa orang lain, jasa di dunia dan jasa di akhirat.

Sekiranya kita terus bersama dengannya, yakni bersama dengan ajarannya sehingga mati, maka bersama dengannya pada hari akhirat.

Kefahaman ini perlu diletakkan di dalam hati kita di zaman timbulnya sebaran-sebaran menghina dan mencela nabi ﷺ.   

Setiap orang Islam mesti merasa bahawa inilah satu cabaran yang mesti mereka hadapi, bukan sekadar teguhkan iman mereka sahaja, tetapi dalam masa yang sama bermusuh dengan sesiapa yang bencikan nabi ﷺ, sebab mereka bermusuh dengan Allah SWT.

أَعُوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَانِ ٱلرَّجِيمِ.

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١ قُلۡ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡكَٰفِرِينَ

 Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

“Katakanlah (wahai Muhammad): Taalah kamu kepada Allah dan rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepa orang-orang kafir.”

(Ali Imran: 31-32)

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Khutbah