Maria Chin lu faham perlembagaan atau tak?
Seseorang MP tidak hilang kelayakannya sebagai ahli Dewan Rakyat dengan serta merta setelah disabit kesalahannya.
Menurut Article 48 clause 4(b) Federal Constitution:
‘If within the period of fourteen days … an appeal … is brought in respect of such conviction or sentence …, the disqualification shall take effect upon the expiry of fourteen days from the date on which such appeal … is disposed of by the court …’
So, Najib Razak hanya hilang kelayakannya sebagai ahli Dewan Rakyat selepas 14 hari dari tarikh Mahkamah Rayuan menolak rayuannya.
Itu pun kalau Bossku tak merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Kalau Bossku merayu lagi, maka kelayakan masih tak hilang.
So, sekiranya Bossku masih belum hilang kelayakannya, maka beliau sebagai MP yang masih sah layak menghadiri dan mengambil bahagian dalam prosiding di Parlimen.
Lu sapa untuk kata tak boleh?
Dan jangan sesekali kamu lupa bahawa seksyen 3 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 memperuntukkan bahawa:
‘Maka hendaklah ada kebebasan bercakap dan berbahas … dalam Majlis …’
Bukankah tindakan kamu boleh dianggap sebagai menghalang seorang MP menjalankan tugasnnya?
Apa, ingat Baju Kuning sahaja ada hak untuk bercakapkah?
Piraaahhh!
P.S. Dulu Bersih sekarang Bodoh, betul? Dalam bahasa Punjabi, ada satu peribahasa, “Ghu Khandi Par Dakke Naal”. Yakni, makan taik tapi pakai lidi. Kalau dah buat kerja bodoh, sama ada guna tangan atau tak, kesannya sama sahaja. Boleh?
DR. SHAMSHER SINGH THIND
Jangan lupa buat homework. Klik di sini:
https://twitter.com/mariachin/status/1326007164943527936…