Status Hadith Putus Silaturahim Tidak Masuk Syurga

Status Hadith Putus Silaturahim Tidak Masuk Syurga

SOALAN:

Ada sebuah hadith yang menyebut bahawa orang yang memutuskan silaturahim tidak masuk syurga.

Bolehkah saya tahu apakah status hadith itu sahih atau palsu?

JAWAPAN:

Mungkin hadith yang tuan maksudkan ialah sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Musa Al-Asy’ari r.a. sungguhnya Nabi saw bersabda:

ثلاثةٌ لا يدخلون الجنَّةَ : مُدمنُ الخمرِ ، وقاطعُ الرَّحِمِ ، ومُصدِّقٌ بالسِّحرِ

Artinya: “Tiga jenis manusia tidak akan masuk ke dalam syurga yaitu orang yang kekal minum arak dan orang yang memutuskan silaturahim dan orang yang percaya kepada sihir.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan oleh Al-Munzhiri dalam kitab At-Targhib dengan sanad yang sahih.

Imam Ahmad ada juga mengeluarkan hadith ini berstatus sahih li ghairih dan beberapa jalan yang lain dengan sanad yang hasan dan dhaif.

Maksud orang yang mengekali minum arak itu ialah orang yang tidak berhenti dari minum arak atau seumpamanya dari perkara yang memabukkan.

Kesimpulannya hadith orang yang memutuskan silaturahim tidak masuk syurga ini ialah hadith sahih.

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Soal Jawab