Portal Berita Yang Tidak Amanah?

Portal Berita Yang Tidak Amanah?

Hari ini ada sebuah portal berita yang diketahui ramai pro kepada parti komponen Pakatan Harapan tertentu menulis satu laporan bertajuk “Annuar Musa Jurucakap BERSATU, PAS Curang, Dakwa UMNO”.

Gambar “UMNO” yang terpapar adalah gambar Datuk Lokman Noor Adam yang mendakwa Tan Sri Annuar Musa sudah menjadi jurucakap BERSATU dan mendakwa PAS curang kepada UMNO.

Amat pelik bagaimana Datuk Lokman Noor Adam masih boleh dinisbahkan kepada UMNO sedangkan bertebaran dalam media massa berita pemecatannya sebagai ahli UMNO sejak 7 Februari lagi.

Perlu banyak belajar asas kewartawanan lagi nampaknya portal berita ini.

Kamarul Yusoff

Isu Semasa