Orang tanya, sebab apa tiga orang Adun PAS Perak mohon ampun dari Tuanku Sultan Perak?
“Atè dah dikatènyè tak buat salah, tak derhakè, apè kè hèy nyer pergi mintak ampun dengan Tuanku yop?
“Mike nak buat alasan apa lagi? Udoh derkahè tu derhakè ler”.
Begini, permohonan ampun itu adalah bagi perkara memohon penangguhan menghadap pada waktu yang ditetapkan hari tersebut, bukannya kekhilafan lain.
Sila baca isi kandungan surat.
Hal ini disebabkan keputusan oleh PAS Pusat bagi dipersembahkan kepada Tuanku, masih belum berjaya diputuskan ketika itu.
Itu pun semua dah tahu.
Ia adalah satu budaya sopan orang Melayu yang menghormati Sultan.
PAS menunjukkan adab yang amat baik kerana walaupun permohonan menangguhkan perjumpaan tempohari itu diterima istana, tetapi atas dasar Islam mengajarkan akhlak yang baik, maka PAS akan menghantar surat permohonan ampun kepada Tuanku.
Ia seperti sikap seseorang yang menolak cadangan gelaran yang mahu dikurniakan oleh istana seperti gelaran Dato’.
Ada individu yang menolak gelaran itu, bukanlah kerana mereka menghina atau derhakakan Sultan, tetapi ada alasan mereka sendiri.
Sultan tidak pula murka. Dan mereka memohon keampunan kerana menolak tawaran gelaran itu, walaupun Sultan tidak murka. Kan cantik adab tu?
Almarhum Tun Ghaffar Baba, hanya menerima gelaran Tun ketika dia sudah bersara.
Beliau sentiasa menolak gelaran yang mahu diberikan, dari ketika menjadi Ketua Menteri, sehinggalah kepada Timbalan Perdana Menteri.
Baru-baru ini komposer terkenal, Shaari Amri juga menyatakan beliau sudah dua kali menolak tawaran gelaran Dato’ kerana menganggap beliau tidak layak.
Ramai lagi yang menolak gelaran dari istana.
Adakah semua mereka ini dianggap menderhaka kepada Sultan?
Pastinya tidak. Mereka ada alasan yang diterima istana.
Tetapi berbeza dengan perangai melawan titah tuanku secara terang-terangan.
Inilah yang sebenar-benar dipanggil derhaka.
Contohnya dahulu, ada satu kes, apabila Sultan Selangor menitahkan agar dipersembahkan kepada baginda, LEBIH dua nama bagi calon Menteri Besar Selangor pada tahun 2014.
Kemudian ada pihak yang menghantar hanya SATU nama sahaja dengan harapan agar Tuanku Sultan Selangor terpaksa menerima pilihan yang mereka berikan.
Dan hasil daripada kritikan ketua mereka kepada Sultan Selangor juga atas isu yang sama, menyebabkan Baginda menjadi murka dan pemimpin politik mereka itu telah ditarik semula gelaran Dato’ yang dia perolehi daripada Sultan Selangor.
Inilah baru dinamakan sebagai derhaka dan membawa kemurkaan besar kepada Sultan.
Agak-agaknya dia buat surat ke tak, mohon ampun?
Cukuplah dahulu satu contoh, ada banyak lagi contoh-contoh derhaka mereka yang lain.
Berbeza dengan PAS.
PAS menurut titah tuanku dalam kes MB Selangor itu dan sekarang pula memohon ampun sebagai menunjukkan adab dan akhlak yang baik sebagai seorang Islam terhadap ketua Negeri Perak.
Atè udah-udah ler kome nak main isu derhakè ni yop, idok ke cemuih?
OK ke idok teman tulih gunè bahasè Peghok ni?
Kopi O satè…….
Umno dan Bersatu, jangan layan provokasi musuh. Mereka dengki dengan kita.
Mohd Nasir Abdullah
12 Disember 2020



