Umno bakal pecah lagi?
Siapa sebenarnya juragan bahtera Umno?
Apakah Umno tidak ada bilik mesyuarat hingga banyak suara-suara individu di luar berbanding perutusan rasmi parti?
Vitamin perpaduan telah dicemari virus bawaan kluster mahkamah?
Sahabat saya Dr.Muslim menyebut sekurang-kurangnya 3 kumpulan sedang terbentuk dalam Umno;
1. Kluster mahkamah.
2. Umno pro MN.
3. Umno pro PN.
Pembaca sudah dapat meneka individu-individu yang dimaksudkan dengan kumpulan masing-masing.
Saya kurang berahi membicarakan soal individu.
Individu bukan pembuat keputusan, hanya parti yang berhak menentukan hala tuju parti.
Khalayak umum serta akar umbi parti perlu tahu beza individu dan Parti.
Jangan semberono menjadi pengikut.
Biasalah “Langau” menyibuk di luar rumah.
Langau ini boleh sahaja disembur racun serangga, jangan sembur parti.
Marahkan nyamuk jangan pula kelambu yang dibakar.
Kerjasama yang terbentuk adalah dengan parti bukan dengan geng Langau… barangkali sisa lobak sudah habis, maka kerana itulah Langau merayau merata.
Hari ini Langau terus bising-bising.
Selepas polemik Perak makin senyap, Langau kembali ke posisi menyerang Rumah PN…padahal dalam rumah PN ada sahaja Menteri-menteri kabinet dari “parti itu”…kenapa Langau-langau tidak menyerang “telinga” menteri-menteri itu?
Lalu menteri-menteri dalam kabinet PN itu boleh sahaja “menyerang” di meja rundingan.
Itu SOP nya…bukan bergentayangan seperti langsuir hilang usus di maya medsos!
Umno perlu segera “menyimpan” Langau² penyebar toksid pemikiran ke atas penyokong mereka.
Jika dilihat kepada jumlah Followers dan Views para Langau, Umno perlu rasa bimbang dan bertanggung jawab mendidik dan mendisiplinkan Langau-langau ini…cukup berpengaruh mengajak rakyat membenci PN, ruginya nanti akan memberi keuntungan besar kepada Serigala PH…
Mana lebih utama?
Kerajaan PN sampai ajal dulu dan PH kembali berkuasa atau Langau “di kurantinkan”(?) segera bagi menyelamatkan negara dan rakyat dari sejarah 22 bulan berulang semula?
Langau boleh bergomol di lembah lain, usah merintih kononnya kawan-kawan berhijrah pergi, padahal bau hapak Langau tiada yang mahu dekat.
Langau seekor ini sebenarnya membingit agar dipandang jangan dilupa…Dato’ panglima SU BN juga sudah menyinga… yang berahi sangat dengan saudagar nombor, bolehlah bungkus kain baju pindah rumah.
Siapa agaknya ye?
Cemar Virus 22 bulan tidak dijadikan Ibrah.