Baru-baru ni bila saya google saya jumpa gambar ni.
Motosikal Honda CS90 atau lebih dikenali sebagai Honda Butir Nangka.
Orang Terengganu panggil Honda Butir Nangka kerana bentuk tangki minyaknya seperti biji Nangka.
Bila tengok gambar ni saya teringat kepada Allahyarham Pak Da.
Orang panggil beliau Pak Da Minyak.
Pak Da tinggal di hadapan Istana Badariah, Batu Burok.
Pak Da pernah memiliki sebuah honda butir nangka.
Pada handlenya terselit sebatang besi paip sepanjang 1 kaki yang digunakan oleh Pak Da untuk sangkut beg kainnya.
Siapa Allahyarham Pak Da ni?
Pak Da ini adalah antara orang pertama yang merakam kuliah pengajian yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bermula dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu di Jalan Pusara, Kuala Terengganu.
Beliau terus merakam kuliah Tuan Guru sehingga kuliah tersebut dipindahkan ke Masjid Rusila.
Satu hari saya berpeluang ke rumah Pak Da.
Pertama kali saya memasuki rumah beliau, saya amat terkejut apabila melihat tiada ruang kosong pada dinding rumah beliau kecuali terdapat kaset rakaman kuliah Tuan Guru dari lantai sehingga ke atap.
Allahyarham Pak Da juga adalah orang pertama yang memanggil panggilan Tok Guru kepada Ustaz Haji Abdul Hadi Awang.
Panggilan yang kekal sehingga ke hari ini.
Rakaman yang dilakukan oleh Pak Da diteruskan oleh Allahyarham anaknya yang dikenali dengan panggilan Awang Kaset.
Awang kaset adalah antara orang pertama yang menjual kaset rakaman kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada awal tahun 80an lagi.
Awang kaset pernah bekerja sebagai pembantu makmal di Sekolah Menengah Tengku Bariah, Kuala Terengganu dan apabila perniagaan kasetnya semakin maju beliau berhenti kerja dan menjalankan perniagaan kesetnya sepenuh masa.
Kasetnya dijual di seluruh Malaysia.
Media Islam