Tun Dr. Mahathir Dan Tengku Razaleigh Perlu Bersara

Tun Dr. Mahathir Dan Tengku Razaleigh Perlu Bersara

Meneliti rakaman sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lepas serta apa yang berlaku di Parlimen semalam maka agak jelas bahawa sudah tiba masanya untuk kedua-dua pemimpin veteran ini bersara dari dunia politik.

Ini kerana tawaran mereka kepada rakyat, iaitu “we hope that we will get the support in order to implement the ideas and the practical experience yang kita ada untuk kebaikan negara kita” dan “tujuan kami hendak berkhidmat untuk negara kita”, sudah ditolak.

Bacaan politik dan keyakinan mereka juga jelas sudah amat tersasar jauh daripada realiti.

Bacaan Tun Dr Mahathir bahawa kerajaan akan kalah dalam undian Bajet 2021 yang dilangsungkan semalam yang akan menyebabkan kerajaan tumbang tidak menjadi kenyataan.

Bacaan Tengku Razaleigh bahawa jawatan beliau selaku Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO mungkin akan membolehkan beliau mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen UMNO juga ke laut.

Kalau saya jadi mereka saya tidak akan keluar rumah berminggu-minggu kerana malu.

Kamarul Yusoff

Isu Semasa