Usaha Penyatuan Ummah

Usaha Penyatuan Ummah

PAS nie, kalau nak kira habis usaha dah nak jaga penyatuan ummah antara tiga parti.

Hari ini dengar ceritanya di Kelantan dimansuhkan jawatan Penyelia DUN dan Parlimen.

Implikasinya peruntukan untuk DUN dan Parlimen akan diberikan terus melalui wakil rakyat atau Pusat Khidmat DUN.

Bulan lepas, di Terengganu sekali lagi kerajaan negeri umumkan peruntukan RM250 ribu pada wakil rakyat bukan kerajaan (UMNO).

Tahun lepas bagi dah nilaian sama.

Lebih awal lagi, dijemput 5 orang daripada PPBM dan UMNO bersama dalam JPKK atau dulu kita panggil MPKK.

Nak rapatkan hubungan antara pendokong parti.

Berperingkat-peringkat usaha dibuat untuk perkukuhkan Muafakat dan pertahankan Perikatan.

Paling besar usaha yang dibuat oleh PAS adalah memilih untuk berada ditengah-tengah penggeseran UMNO dan PPBM.

Ini yang paling perit dan sakit.

Namun hanya itu sahaja pilihan yang ada PAS untuk memastikan perpaduan antara Melayu-Islam bertahan dan menjadi semakin kuat.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Politik