Tun menjangkakan semalam 15 Disember kerajaan PN akan tumbang.
Sebelum itu heboh di medsos bahawa Anwar sudah ada angka 113.
Namun semuanya senyap selepas tengah malam tadi bila tarikh 16 Disember bermula.
Sebelum itu lagi dikecohkan oleh RBA dan khadam-khadam DAP bahawa TGHH tidak diterima untuk mengadap DYMM Al Sultan Perak dan PJ PAS Perak tidak dikekalkan dalam barisan exco kerajaan Perak kerana dikatakan durhaka terhadap Sultan.
Kemudian ada pulak segerombolan seramai 8 orang datang bawak memo ke Pejabat Agung PAS kononnya bantah kerjasama PAS BERSATU.
Kelihatan agak rapi dan teratur serangan-serangan itu terhadap PAS.
Namun seperti yang selalu saya sebut PAS ini parti jujur.
PAS parti yang sangat bersifat setiakawan.
PAS parti pak lebai yang sentiasa berserah diri kepada Allah.
Kerana itu secara pribadi sya tak pernah risau jika PAS diserang bertubi-tubi dari setiap penjuru.
Adakala diserang lawan dan banyak ketika juga diserang rakan.
Allah tetap melepaskan PAS dari setiap serangan itu.
Ini adalah berkat keikhlasan ahli-ahli PAS dalam perjuangan mereka.
Berkat sifat sami’na waatho’na mereka kepada Allah, Rasul dan pimpinan.
Benarlah kata Allah:
(وَمَن یَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ)
“Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.”
[Surah Al-Ma’idah 56]
Alhamdulillah..semalam TGHH telah mengadap Baginda Sultan Perak.
Petang semalam YB Tuan Hj Razman PJ Perak dipanggil mengangkat sumpah sebagai exco.
Tengah hari semalam kumpulan penghantar memo bantahan PN yang disebut akan hadir beramai-ramai tiba-tiba hanya hadir dua buah kereta sahaja.
Apa lagi selepas ini yang akan mereka lakukan?
Pasti ada…ahli PAS jangan pening.
Kita bergerak seperti biasa.
Istiqamah dengan Allah, Rasul dan pimpinan yang bertaqwa.
Teruskan rutin kehidupan sebagai hamba Allah yang taat.
Selebihnya urusan kita Allah uruskan.
Saya tidak pernah bimbing dengan serangan yang datang ketika pimpinan dan ahli PAS masih ingat dan taatkan Allah.
Tapi saya bimbang serangan itu datang saat pimpinan dan ahli PAS tenggelam dalam kemewahan.
Waspadalah.
Ustaz Mokhtar Senik