Khalis Samad Menteri Yang Sangat Rajin

Khalis Samad Menteri Yang Sangat Rajin

Khalid Samad kata saya menteri yang sangat malas, kerana 2 jabatan di pindah ke KPKT.

Mungkin benar kerana zaman BN 2 jabatan itu memang bawah KPKT.

Tapi masa PH, berlaku perebutan antara 2 menteri maukan jabatan itu dan Khalid berjaya “larikan” 2 jabatan itu ke KWP di bawah beliau.

Di zaman PN ada pihak minta balik semula 2 jabatan itu.

Saya menulis surat pada KSN dan PM, untuk saya cuba jadi rajin dengan meminta 2 jabatan itu kekal di KWP.

Malangnya rayuan saya pada KSN dan PM tidak berjaya.

Jabatan itu di arah pindah semula.

Tak dapatlah saya jadi rajin macam Khalid Samad.

Khalid sememang terkenal dengan rajinnya.

Beliau himpun orang Kampong Baru dan tawarkan nak beli tanah mereka dengan harga RM1000 satu kaki persegi dan kononnya KG BARU akan dimajukan.

Punyalah rajinnya dia ni, sehingga boleh dia tawarkan nak beli berbillion sedang MOF, KWP, DBKL, PKB semuanya langsung tak ada bajet satu sen pun untuk pembelian tanah itu yang memerlukan dana RM7-8.0 billion untuk membelinya.

Mujur hampir separuh pemilik tanah Kg Baru tak bersetuju dengan tawaran Khalid.

Demikianlah rajinnya Khalid Samad.

Tak cukup dengan itu, kerajinan Khalid Samad terserlah sekali dengan beliau sanggup bertanding bagi jawatan Presiden Bolasepak KL yang mana menteri terdahulu malas macam saya dan tak pegang jawatan itu.

Saya dimaklumkan Khalid mengarahkan DBKL menggunakan dana DBKL RM10juta untuk beliau belanjakan sebagai Presiden KLFA.

RM5.O juta sudah dibayar kepada persatuan pimpinan beliau.

Demikianlah rajinnya dia.

Saya juga di fahamkan Khalid cukup rajin di KLFA.

Terkini beliau dikatakan telah menjual atau JV tanah akademi bola KLFA yang ďulu dianugerahkan oleh kerajaan untuk pembangunan bolasepak di KUALA LUMPUR.

Begitulah rajinnya Khalid Samad setakat yang saya di beritahu.

Sudah tentu saya tidak mampu menyaingi kerajinannya.

Annuar Musa

Isu Semasa