Hala tuju politik Umno semakin aneh sekarang ini.
Apa yang mereka kejar sebenarnya?
Adakah mereka sedang memperjuangkan kepentingan rakyat?
Atau apakah mereka sedang mempertahankan survival politik Melayu?
Atau mereka sedang bertungkus-lumus untuk memperjuangan politik peribadi masing-masing?
Semakin banyak persoalan yang timbul sehingga membuatkan rakyat semakin mual dengan agenda politik sempit seperti ini.
Ada rakyat yang bertanya tentang hala tuju sebenar perjuangan Umno…
I. Adakah mereka berjuang hanya untuk bebas dari tuduhan jenayah di mahkamah?
II. Adakah mereka berjuang hanya untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri?
III. Adakah mereka berjuang hanya untuk menguasai projek-projek yang boleh mengukuhkan cengkaman mereka ke atas rakyat terbawah?
IV. Adakah mereka berjuang hanya untuk merebut kerusi-kerusi di Parlimen sahaja?
Nah! Lihatlah sikap mereka dalam isu covid 19 ini.
Di satu sudut mereka mendesak supaya diadakan segera pilihan raya.
Di sudut yang lain mereka mendesak supaya persekolahan ditangguhkan.
Mereka mahukan kuasa secara haloba, tetapi kononnya masih memperjuangkan keselamatan rakyat.
Tidak belajarkah mereka dari PRN Sabah.
Saya percaya, jika mereka menunggu sehingga Februari 2021, ramai di kalangan mereka akan mengikuti jejak Dato’ Tengku Adnan Mansor.
Yang pasti, rakyat, khususnya orang Melayu mulai keliru, ke mana mereka membawa hala tuju.