Amarang: Sebab kes ni di Tranung, jadi tulisang dalang bahase Tranung.
Hok dok leh nok pahang, ambik kamus lah deh.
Gini kisohnya….kita wak bentuk soal jawak lah senang.
S: Doh bakpe maing air takdok sokmo leni, lepah tu dok royak awal-awal?
J: Gini, isu takdok air baru ni sebab pam di loji nu, mapuh tiba-tiba atau ngejut atau kanjjar atau settok.
Baktang mapuh ngejut, dokleh lah SATU nok royak awal-awal air takdok.
Jadi kena royak lepas pam mapuh.
Sama macang ginilah, macam posmen, dia janji hantor surat, pukul 3 sapa rumoh mu, tapi tiba-tiba enjin dia mapuh tengoh jalang sebab motor lama do’oh lalu, rosok sokmo.
Mu rasa posmen tu boleh kabor dulu ke mu sebelum motor dia mapuh atau dia boleh kabor ke mu lepas motor dia mapuh?
Bezalah keadaang kalu memang SATU tahu doh dia nok kena bekki pam tu atau dia nok bekki paip berjadual, dia akang royak lah dulu ke pengguna.
Jadi samalah cerita dia ni.
Pam tu macam posmen lah, dia guna motor buruk umur 40 tahun lebih doh.
Tua motor dari posmen.
Paham lah tu dok?
S: Doh bakpe kerek ngat jaddi, dok sendik-sendik. Kerajaan buleh pitih royalti pun dok rok cettong gok, dok bekki, dok tukor baru? Kata kerajaan Islang, ganer wak keje culah gitu semer? Nyaknyer ke rakyat.
J: Ni soalang hok baguh.
Baca mollek jawapang ni.
Pam tu tua yamak doh, 40 tahung doh.
Patut 10 tahung lepah doh tukor.
Giler mu nok paka hok 40 tahun.
Mu tengok dok helikopter Nuri hok terhempas sokmo tu, kes lama sangat guna.
Panda pulok set mu maroh guna Nuri, sebab siang ke askor.
Harga pam tu kata enjiniar dalang RM2 juta sutir siap blaker.
Kalu tukor pam tu dulu, paling kurang masaloh pam mapuh ni dok timbul.
Yang timbul ialah masaloh bekalan air yang dok cukup jer sebab penduduk koho rama.
Hok tu biasa doh.
Baik, nilai projek loji baru Kuala Terengganu Utara dalam RM1.3 bilion.
Mu wak kiraang mudoh ginilah.
Kita kira pitih rakyat Tranung hok wak bazir sejok tahung 2004 dulu.
Contoh, kalu Projek Monsun Cup tu dulu hok tohok sajer RM1 billion di dasor muka kuala Sungai Terengganu kita guna wak projek loji ni, mungkin boleh siap lama doh.
Projek Kenyir hok makang pitih RM400 juta tu dengang Projek Taman Ilmu hok bazir RM400 juta tu, kalu set mu kapuh dua ada RM800 juta.
Doh kalu kita tamboh pulok dengan stadium runtuh tu RM200 juta lagi, buleh RM1 bilion lagi.
Projek Ubi Gadong hok kata boleh wak besor payudara tu RM1 juta, Bas Dua Alam RM3 juta, Projek Jagung Hulu Terengganu, Projek Kambing Kaprima hok tinggal kandang sajer, Projek Ikan Sangkar di Sungai Chomor, Kenyir RM50 juta, Projek Jertih Souq, Projek Stesen Bas Jertih, Projek Fertigasi Mega RM50 juta.
Mu rasa brapa utir pam baru Kerajaan Negeri boleh beli masa tu.
Buleh beli pam tu wak kambuh mu.
Tu dok masuk lagi senarai pitis LPT2 hok Kerajaan Negeri kena tamboh dekat RM2 bilion, Syarikat Perumahan Negara (SPN) pinjam duit negeri Terengganu untuk buat rumoh di seluruh negara berapa ratus juta.
Set mu nok kira dok telaga minyak Bertam hok beri bodo ke Pahang dulu tu, padahal dalam perairang Tranung?
RM100 juta setahun tu.
Doh berapa utir pam baru hok Kerajaan Terengganu masa tu boleh beli.
Ikut semer ni, dang siap tiga utir loji doh dengan jumlah hok bazir ni.
Doh orang Umno weii, yang sungguh ngat set mu ngutuk kes pam rosok, padahal sejok zamang mu perintoh ni, loji baru dok siap, tapi gi buat mende laing dulu hok bazir ke pitis, cerdik ke dok cerdik?
Orang PH kita pahang lah perangai dia memang gitu, beci ke PAS.
S: Ooooh, gitu pulok. Doh yang kata sapa larak set Umno suruh UPDI ajor tayammum kes takdok air tu ganer?
J: Mu nok suruh aku jawak gok ke soklang ni?
OK lah, aku jawak.
Aku bagi dua jawapang.
Pertama, bab tayammum, istinjak ni, patut dok perlu ajor doh, sebab ustaz ajor doh kat skoloh dulu.
Doh set dia wak mende masa skoloh dulu? Poteng kelah? Agama boleh F ke masa SPM?
Ke ambik sabjek lukisang?
Ke orang hok suruh ajor tu dulu skoloh Chung Hwa Wei Sin?
Tapi skoloh Chung Hwa pun ada ustaz dengan ustazah.
Kedua, Pengarah UPDI, Ustaz Soud Said ni ada kelulusang ijazah dari al-Azhar dengan M.A dari Universiti Malaya.
Memang boleh sangat nok ajor bab taharoh ni sebab bidang dia.
Doh ustaz Umno takdok hok panda ke nok ngajor bab-bab bersuci ni, sapa larak mintak Ustaz Soud ajor?
Asal bab agama, cari PAS, asal bab agama, cari PAS.
Gitulah sokmo.
Masa perintah duit tohok pah mana aler, tayammum, istinjak pun dok tahu, tapi ada hati nok ambik balik Tranung smula.
Rohok maing dengang set-set ni.
S: Doh set PH ada sabbik gok ke dalam isu ni?
J: Eh mu dok tahu ke?
Kang boss Umno cinta tengoh berputik dengan boss PH kang…..ecey cey, cey…cia, cia, ciaaa….
Jadi hok mana ahli Umno hok brehi ke PH tu, dia nok gabung arr.
Tapi rama yang takmboh dengor kata.
Rama lagi set Umno hok baguh-baguh hok cerdik-cerdik.
Hok beronar sikit jer, tapi jenih gong.
Hok spesis gong ni brehi bahang ngat Kerajaan Terengganu leni.
S: Soklang last ni. Kata ada sabotaj, betul ke?
J: Mu bahagiang wak gossip, nombor satu ork? Mu ada bukti? Kalu ada, tunjuklah. Aku tulih fakta hok aku dapat jer.
OK aku rasa settled oh masaloh ni.
Aku hok duk luor Tranung pung boleh tahu sebab apa air takdok.
Kalu ada lagi hok dok pahang, kira ambik dialah kita buat ganti jadi pam pulok.
Doh hok penjelasang mudoh gini dok pahang gok, baik jadi pam lah, ada gok pekdoh, wak ator air.
Mohd Nasir Abdullah
7 Mac 2021