“Dengan 620 dan lebih tempat ataupun lokasi sanitasi dengan kiraan jam lebih 500 jam saya rasa ini satu yang luar biasa bagi sebuah negeri yang hanya ada 8 Bahagian.
Dan saya kira ini satu perkara yang cukup membanggakan dan memberikan satu isyarat bahawa jangan main-mainlah dengan UMNO Terengganu ini.
Kalau betul dia nak berhadapan dengan peperangan sebenar yang selalu Datuk Seri Dr Ahmad Said sebutkan dalam Biro Politik dan sampaikan secara jelas kepada barisan kepimpinan UMNO Pusat bahawa UMNO Terengganu kalau dibunyikan semboyan dan dipalu gendang perang kalau ditakdirkan kita terpaksa masuk dalam gelanggang, dalam keadaan kita sebagai Barisan Nasional dan melawan PAS sebagai Kerajaan Negeri, UMNO Terengganu sudah bersiap siaga.
Dan kalau saya menyaksikan kehadiran ramai Pemuda-Pemuda malam ini dalam keadaan malam cuti saya rasa apa yang selalu diwar-warkan yang disebut-sebut oleh Datuk Seri Pengerusi UMNO Negeri saya rasa yakin dan sudah tentu saya akan menjadi orang pertama yang akan menyokong dan akan mendokong apa juga yang dihasratkan oleh kepimpinan UMNO Negeri Terengganu.”
“Fokus kita, sepertimana telah kita kata tadi, kita harus bersiap siaga sekiranya dipalu gendang perang ini pada bila-bila masa dan pada waktu itu saya boleh meletakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada barisan Pemuda-Pemuda dan Skuad Sabil Negeri Terengganu, jadilah negeri yang pertama yang masuk gelanggang dengan penuh semangat dan insya Allah tatkala kita mendengar keputusan PRU ke-15 nanti Negeri Terengganu insya Allah akan kembali kepada UMNO dengan semangat yang ada di kalangan pejuang-pejuang muda di Negeri Terengganu.”
(Ucapan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam majlis “Amanat 500 Jam Pemuda UMNO Terengganu” pada 19 Mac 2021)
https://www.facebook.com/photo/?fbid=4141245222586171&set=a.744213708956023
Malangnya tak sampai 10 hari, pada 19 Mac 2021 dihadapan Pemuda UMNO Terengganu, Asyraf Wajdi mengeluarkan kata-kata yang mengguris perasaan PAS.
Sebelumini pada 12 Mac 2021, Dr Asyraf Wajdi ada menulis di facebooknya berkenaan dengan keputusan Mesyuarat Muafakat Nasional. Tulis beliau, ”
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional UMNO-PAS dua malam lepas, kepimpinan tertinggi parti kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan masing-masing. Juga tidak melayani sebarang unsur provokasi yang boleh merenggangkan hubungan kedua parti yang sudah terjalin.”
Rujuk : https://www.facebook.com/…/a.26140671…/4317893858240628/
Ia mengambil masa hanya seminggu sahaja untuk, Ketua Pemuda UMNO memungkiri apa yang beliau nyatakan dalam FBnya.
Bahkan lebih teruk beliau telah melanggar keputusan yang dibuat secara bersama PAS-UMNO dalam Muafakat Nasional.
Sebagai ahli PAS, kita merasakan kita perlu berhati-hati dengan mereka yang mungkir kata-kata sendiri dan juga tidak mengikut keputusan mesyuarat.
Kalau langgar ucapan sendiri ok lagi, ini sudah langgar keputusan mesyuarat.
Dari situ kita boleh lihat beliau tidak mempunyai disiplin organisasi yang baik.
Maka, bagi membersihkan nama baik beliau dan organisasi yang beliau pimpin.
Kita desak Dr Asyraf Wajdi menarik balik ucapan tersebut selaras dengan keputusan Muafakat Nasional dan membuat permohonan maaf kepada PAS.
Ahmad Fahmi Mokhtar