Anugerah Malaysia Tourism & Business Hero

Anugerah Malaysia Tourism & Business Hero

Hari ini YB Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Digital Negeri Terengganu telah menerima Anugerah Malaysia Tourism & Business Heroes di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Pengiktirafan itu diberikan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dalam Sidang Kemuncak Emas Pelancongan Malaysia 2020.

Penganugerahan ini adalah hasil kerjasama semua pihak terutama kakitangan Jabatan Pelancongan negeri di samping jabatan, agensi dan pemain-pemain industri yang banyak membantu serta memberikan sokongan.

Kemenangan ini adalah hadiah untuk Terengganu hasil kerjasama semua pihak, semoga kecemerlangan sebegini dapat diteruskan dan ditambah baik dalam usaha meningkatkan lagi produktiviti serta memacu pembangunan pelancongan negeri.

“Saya mendoakan agar Terengganu terus maju dalam usaha merealisasikan misi mencapai status negeri pelancongan,” kata Ustaz Ariffin.

Turut hadir, YB. Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang.

Pelancongan Terengganu