Diringkaskan di sini amukan panjang Naib Presiden MIC, Datuk Sivarrajh Chandran, kepada pemimpin tertinggi UMNO supaya lebih senang dihadam.
Berikut adalah 1 cabaran Naib Presiden MIC, Datuk Sivarrajh Chandran, kepada pemimpin tertinggi UMNO:
1. Jika kamu merasakan kamu terlalu kuat dan tidak memerlukan sokongan rakan-rakan komponen, baik kamu bertanding PRU 15 nanti pakai lambang kamu sahaja.
Tak perlu lagi bertanding sebagai Barisan Nasional.
Berikut adalah 2 ingatan Naib Presiden MIC, Datuk Sivarrajh Chandran, kepada pemimpin tertinggi UMNO:
1. Jangan beranggapan kesetiaan parti-parti komponen ini membuta tuli.
Jangan anggap MIC atau MCA hanya sekadar menjadi “pak turut”.
Kesetiaan kami pun ada hadnya.
2. Seperti mana yang kamu berhak untuk mengambil keputusan demi parti kamu, kami juga berhak untuk mengambil keputusan demi parti kami.
Tidak semestinya kedua-dua keputusan itu sama.
Berikut adalah 10 soalan Naib Presiden MIC, Datuk Sivarrajh Chandran, kepada pemimpin tertinggi UMNO:
1. Jika kamu tidak berpuas hati dengan MIC, kenapa kamu tidak boleh cakap terus terang dengan kami?
2. Kenapa dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional kamu diam seribu bahasa, tapi di luar kamu hantar orang buat kerja-kerja yang memalukan?
3. Kenapa kamu terlalu sombong dan “syok sendiri”?
4. Kenapa kamu susah sangat faham soal hormat-menghormati antara rakan-rakan komponen?
5. Kenapa, apabila kerjasama kamu dengan PAS melalui Muafakat Nasional dan BERSATU melalui Perikatan Nasional tidak menepati kemahuan kamu, kamu bergaduh dengan mereka tanpa berbincang dengan kami?
6. Kenapa kamu tak berani berbincang soal agihan kerusi dalam Majlis Tertinggi Barisan Nasional?
7. Kenapa kamu hendak “tikam” rakan komponen tak sampai dua hari selepas puji rakan-rakan komponen di Persidangan Agung kamu?
8. Kenapa kamu tak selesai dulu masalah dalaman kamu sebelum kamu hendak campur tangan dalam hal ehwal rakan komponen?
9. Bolehkah kamu menafikan bahawa semasa pembentukan kabinet di bawah Perikatan Nasional (PN) tahun lalu kamu tidak membawa nama MIC untuk timbalan menteri dan senator, dan hanya mencadangkan pemimpin kamu untuk dilantik sebagai ahli kabinet dan senator?
10. Kenapa kamu tak jawab dulu persoalan yang dibangkitkan oleh Presiden MIC:
Siapakah calon Perdana Menteri Barisan Nasional untuk PRU 15?
Bacaan penuhnya boleh didapati di sini: