Ada ramai yang pelik dengan pendirian PAS.
Masih lagi bercakap soal penyatuan.
Umno telah tegaskan tidak terima Bersatu.
Apa yang PAS mahu..?
Itu persoalan buntu bagi ramai peminat politik.
Terkini Tajudin Rahman sebagai pengarah Pilihanraya Umno dengan angkuh menyebut PAS parti kecil.
Tiada respon pun dari pimpinan PAS.
Walau jelas ia satu hinaan namun pimpinan PAS memilih diam untuk menjaga hati rakan yang terasa masih gah berdiri atas ketulan ais yang disangka batu.
Berulangkali pimpinan menasihatkan agar pemain maya PAS tidak mengkritik Umno.
Saya beberapa kali diingatkan agar menumpulkan serangan kepada Umno..
Cuma saya jawab..
Saya tujukan kepada kluster mahkamah dalam Umno. Bukan Umno.
Mereka serang kita, kita pulangkan peluru mereka.
Hanya itu.
Begitu PAS setia menjadi pendamai.
Bukan PAS tidak tahu luka Umno yang ditinggalkan beberapa MP lompat ke Bersatu.
Bukan PAS tidak tahu luka umno tewas dalam PRU 14 angkara Tun M dari Bersatu.
PAS tahu..
Sebagaimana PAS tahu sakitnya 60 tahun lebih ditindas Umno masa kukuh berkuasa.
PAS rasai kezaliman di Kelantan dan Trengganu semasa PAS di anugerahkan memerintah negeri.
PAS tahu…
Tahu semua itu..
Tetapi PAS mahu parti melayu berpadu.
Bagaimana?
Itu boleh di bincang.
Ia bermula dengan mahu?
Bolehkah? Memang boleh…
Tidakkah umno memang bersama Bersatu membentuk kerajaan PN hari ini?
Tidakkah itu tanda boleh?
Dalam politik tiada yang mustahil.
Siapa sangka luka tilam kondominium, arsenik dan lebam mata hanya jadi luka kecil bagi Anwar dan PKR untuk gulingkan BN?
Insan yang dituduh bapa perompak dan Mahafiraun itulah dipuji setiap hari sementara menagih janji.
Siapa pun boleh menduga Umno tentu sahaja boleh bersama PH dan DAP walaupun masih malu malu mengaku.
Berselindung di sebalik jajaran baru.
Itu tetap tak mustahil berlaku.
Sebenarnya PAS tahu bahaya pertembungan tiga penjuru.
PH yang sudah tidak mampu bernyawa hanya menanti PN berpecah.
Ia akan mengutip undi dari perpecahan PN nanti.
Itu yang PAS tidak mahu.
PAS tahu kalau bersama Umno PAS hanya dapat beberapa kerusi.
Kalau dikira angka yang Tajudin beri, dalam 24 kerusi.
Sedangkan PAS sentiasa bertanding melebihi 100 kerusi.
PAS tahu itu rugi tetapi PAS tahu lebih rugi diberi kuasa kepada DAP.
PAS tahu Bersatu tiada akar umbi.
Ia serpihan Umno yang dibawa lari.
PAS sedar bersatu ingin kuasai Pantai Barat walaupun kerdil dan menumpang di kaki.
Beberapa negeri seperti Pahang dan Perak yang tak ditemui ahli bersatu.
PAS tahu Bersatu pastinya mengharap jentera PAS dalam PRU.
Namun bagi PAS, lebih rela memendam rasa melayani ketamakan dan kesombongan rakan dari kecewa nanti kerajaan di kuasai DAP.
PAS sangat tahu antara merebut manafaat dan menolak mudharat, menolak mudharat adalah lebih utama.
Ia nampak rugi bagi PAS tetapi umat islam dan negara perlu di selamat dari mudharat.
PAS memang tahu..
Fairuz Hafiizh Othman